Selain China, Malaysia juga terkenal barangan palsu atau 'ciplak' yang dijual di pasar malam. Dari mana barangan itu? Berbalik kepada negara disebut tadi.

Bagaimana terdapat satu fakta menarik yang perlu anda tahu mengenai jenama Adidas.

Baru-baru ini, Pegawai Eksekutif Adidas iaitu Kasper Rorsted menerusi temu bual dijalankan oleh CNBC, mendedahkan jumlah barangan Adidas palsu yang telah dikenal pasti.

Menurut Kasper, sebanyak 10 peratus barangan Adidas telah diciplak di Asia.

JUALAN PENGELUAR NEGARA CHINA MENINGKAT

'Adidas Kampung' ini terkecuali dalam senarai barangan ciplak ya.
Jumlah ini merangkumi barangan Adidas yang dijual di premis dan juga secara atas talian. Namun, tidak dinyatakan jenis barangan yang diciplak sama ada kasut ataupun pakaian.

Jelasnya, barangan palsu ini dianggap sebagai masalah besar bagi Adidas berbanding pasaran global yang masih menunjukkan penguasaan yang kukuh daripada pengguna.

Menariknya, pasaran di China iaitu negara yang terkenal dengan penghasilan barangan ciplak menujukkan perkembangan positif.

Difahamkan, jumlah pasaran Adidas berkembang sebanyak 26 peratus. Malah nilai keuntungan Adidas meningkat pada suku pertama tahun ini dibantu jualan di Amerika Utara dan pasaran China.

Gaya seluar ini kembali popular selepas dipakai oleh Dua Lipa
Dalam senario Malaysia pula, tahun lalu saja lebih 620 kes barang tiruan dirampas oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Kesemuanya membabitkan jumlah rampasan sebanyak RM3.56 juta.

Persoalannya, adakah anda diantara individu yang menyokong barangan ciplak atau lebih rela membeli barangan original?