Skip to main content

Business News

[Video] Anak Kim Jong-nam Mengaku Bapanya Dibunuh

kimhansol.jpg

Kes pembunuhan Kim Jong-nam yang juga abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un terus menarik perhatian ramai apabila seorang lelaki mengaku sebagai anak mangsa tampil menerusi satu rakaman video memberitahu bapanya itu mati dibunuh. Dalam video berdurasi 40 saat itu dimuat naik kumpulan Cheollima Civil Defense di YouTube, lelaki itu memperkenalkan dirinya adalah Kim Han Sol iaitu salah seorang anggota keluarga mangsa sambil menunjukkan pasport miliknya untuk pengesahan identiti.

"Bapa saya dibunuh beberapa hari lalu dan saya sekarang bersama ibu dan adik perempuan saya dan kami bersyukur... Kami berharap keadaan menjadi lebih baik," katanya dalam rakaman tersebut.

Rakaman video itu dipercayai asli dan lokasi keluarga Kim Jong-nam berada ketika ini tidak didedahkan. Begitu juga, sumber daripada pegawai kerajaan Korea Selatan memberitahu NBC News yang melaporkan Perkhidmatan Risikan Negara itu mengesahkan lelaki dalam video itu adalah Kim Han Sol. Lokasi sebenar keluarga mangsa pula tidak diketahui selepas mereka hidup dalam buangan dari negara sendiri sejak tahun 2001.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video