Semalam, upacara istiadat angkat sumpah bagi menteri kabinet asas telah pun disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Majlis ini turut dihadiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Angkat sumpah itu sekali gus menjawab teka teki mengenai 13 menteri kabinet yang menerajui negara.

Namun satu perkara yang anda mungkin tidak sedar, sehingga kini menteri bagi menerajui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tiada dalam senarai tersebut.
Disebabkan itu terdapatnya patisyen yang yang meminta supaya kementerian itu dikekalkan.
Petisyen terbabit berjudul "Kami memerlukan kementerian yang berdedikasi untuk alam sekitar dalam Kerajaan Malaysia!".
Sehingga kini ia sudah mendapat lebih 26,000 tanda tangan selepas dilancarkan di sosial media.
Petisyen terbabit menyeru Perdana Menteri dan kerajaan Pakatan Harapan untuk mengekalkan dan memperkasa satu portfolio alam sekitar yang khusus dalam jemaah menteri.
Jelas mereka, perletakan portfolio pengurusan alam sekitar ke dalam kementerian lain akan melemahkan usaha pemuliharaan dan perlindungan warisan semula jadi.
“Kami menyeru kerajaan untuk meletakkan nilai yang tinggi ke atas portfolio ini dan memilih menteri yang ikhlas dalam melindungi alam sekitar kita. Ini adalah untuk membantu kerajaan semasa untuk mencapai manifesto pilihan raya yang termasuk janji untuk mengimbangi pembangunan ekonomi dengan perlindungan alam sekitar,” - kenyataan petisyen terbabit.
Anda boleh rujuk patisyen berkenaan di sini, Change.