Skop

Nak Melancong Ke Malaysia Boleh Tapi Kena Bayar Cukai Pelancongan

Sufiah Akmal
08/06/2017
06:00 MYT
Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berpandangan kedudukan Malaysia dalam kalangan 25 negara paling berdaya saing di dunia boleh terjejas dengan penguatkuasaan cukai pelancongan bermulai 1 Ogos ini.
Pengarah Kajiannya, Ali Salman berpendapat penguatkuasaan cukai pelancongan bermula RM2.50 ke atas setiap bilik bagi setiap malam itu bakal mengurangkan daya saing Malaysia dalam tempoh jangka masa panjang. Cukai tersebut diperkenalkan Malaysia pada waktu tidak sesuai kerana industri pelancongan negara sedang meningkat manakala inflasi berada pada paras tinggi.
"Cukai pelancongan akan menyebabkan kenaikan kos kepada pelancong. Pengalaman negara Tanzania menunjukkan betapa pelancong sangat sensitif terhadap perubahan harga," katanya.
Ambil iktibar nasib Tanzania
Pada Julai tahun lalu, media luar negara melaporkan industri safari Tanzania merundum selepas kerajaan Afrika memperkenalkan cukai 18 peratus ke atas perkhidmatan pelancongan. Pengenalan cukai tersebut menyebabkan pelbagai kos melibatkan elemen percutian daripada taman negara kepada penginapan di Tanzania meningkat dengan mendadak.
Media tempatan pula melaporkan Malaysia akan menguatkuasakan cukai pelancongan dari 1 Ogos pada tahun ini dengan memetik kenyataan yang diterbitkan di laman sesawang, Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Kadar cukai itu adalah:
  • RM20 bagi setiap malam di hotel lima bintang
  • RM10 bagi setiap malam di hotel empat bintang
  • RM5 bagi setiap malam di hotel satu sehingga tiga bintang
  • RM2.50 bagi setiap malam di hotel satu sehingga tiga orkid dan tidak dinilai
Bagaimanapun, bilik berdaftar dengan kerajaan di bawah program homestay, premis yang menyediakan penginapan dengan kurang daripada 10 bilik dan bilik disenggarakan oleh institusi agama, kerajaan serta badan-badan berkanun untuk tujuan bukan komersial dikecualikan cukai itu.
Malaysia berada pada kedudukan ke-24 dalam Laporan Tahunan Daya Saing Dunia (WCY) 2017 yang dikeluarkan Institut Antarabangsa bagi Pengurusan Pembangunan (IMD) pada 1 Jun lalu.
"Mengurangkan birokrasi akan mengurangkan kos pematuhan, meningkatkan kecekapan dan membantu industri pelancongan kita menjadi lebih kompetitif. Jika sasaran Kementerian Pelancongan tahun ini untuk meningkatkan kedatangan pelancong dari 26.8 juta kepada 31.8 juta, maka kerajaan tidak perlu memperkenalkan cukai itu buat masa ini," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#Travelmana: Diskaun Saudia Airlines, Pakej ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian' Antara Tawaran Menarik Di PAPUH Muslim Travel Fair 2024

gempak
23/07/2024
19:57 MYT
Kisah jemaah tertipu dengan pakej-pakej murah di media sosial untuk mengerjakan haji dan umrah bagai tidak pernah terhenti.
Hiburan

Fan Bingbing Teringin Jalani Kehidupan Di Malaysia - "Nak Singgah KL, Harap Dapat Bekerjasama Dengan Pelakon & Pengarah Di Sini"

gempak
16/06/2024
09:57 MYT
Bintang antarabangsa Fan Bingbing menyifatkan peranan sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka 2024 yang digalasnya adalah satu tanggungjawab yang amat berat, namun pada masa yang sama beliau menganggap ia sebagai satu tuah.
Berita

Pelantikan Fan Bingbing Sebagai Duta Pelancongan Melaka Tarik Pelancong Antarabangsa

gempak
09/06/2024
22:00 MYT
Bintang filem terkemuka China, Fan Bingbing yang akan dilantik sebagai Duta Pelancongan Melaka 2024 dilihat mampu memberi impak besar kepada sektor pelancongan negeri khususnya dalam menarik kedatangan pelancong antarabangsa.
Viral

Usahawan Rugi RM2 Juta, Kena 'Tikam' Kawan Baik! - "Saya Murung, Susut 20Kg, Hampir Bunuh Diri Sebab Stress"

gempak
23/03/2024
05:36 MYT
Ezan Ithnin yang hampir membunuh diri akibat tertekan ditipu oleh rakan baik sendiri.
Laman Utama

#Travelmana: Tawar Laluan KL-Eropah, Ini 4 Sebab Korang Perlu Pilih EVA Air!

gempak
28/08/2023
12:52 MYT
EVA Air, syarikat penerbangan terkemuka yang berpangkalan di Taiwan, melancarkan kempen ‘Elevating Your Experience’