Skop

Pengguna BlackBerry Hanya Ada Lima Hari Saja Guna WhatsApp

Hanafis Haris
27/12/2017
03:47 MYT
Tahun ini aplikasi WhatsApp sudah memasuki ulang tahun mereka yang kelapan dengan jumlah pengguna aktif sebanyak 1.2 bilion di seluruh dunia.
Mula diperkenalkan pada tahun 2009, WhatsApp kini sudah menjadi medium utama perhubungan antara pengguna media sosial tidak mengira peringkat umur.
Jika diimbas kembali pada awal kemunculannya, WhatsApp terpaksa bersaing dengan perkhidmatan lain seperti BlackBerry Messenger (BBM) dan juga Viber.
Namun, disebabkan penggunaan WhatsApp yang merentasi kesemua platform sistem operasi, pengguna Android, BlackBerry mahupun iOS berpeluang menggunakan aplikasi terbabit.
ENAM SISTEM OPERASI DITAMATKAN
Mulai tahun depan, WhatsApp tidak lagi menyokong sistem operasi ini. Bagaimanapun, tidak semua sistem operasi kekal menyokong aplikasi WhatsApp yang semakin hari sarat dengan fungsi baru dan menyeluruh.
Pada tahun lalu, WhatsApp mengumumkan keputusan mereka untuk menamatkan perkhidmatan di enam kategori sistem operasi.
Sistem operasi yang terlibat adalah BlackBerry OS and BlackBerry 10, Nokia S40, Nokia Symbian S60, Android 2.1 and Android 2.2, Windows Phone 7 dan iPhone 3GS/iOS 6
Bagi Nokia Symbian S60, perkhidmatan berkenaan sudah pun ditamatkan pada Jun lalu.
Namun, bagi pengguna yang masih menggunakan BlackBerry Os dan BlackBerry 10, anda tidak akan menikmati fungsi daripada aplikasi WhatsApp selepas 31 Disember ini.
Malah, pengguna Windows Phone 8.0 juga turut menerima nasib sama selepas 31 Disember.
Bagi pengguna telefon yang dikuasakan Nokia S40 pula anda masih boleh menikmati WhatsApp sehingga 31 Disember 2018 manakala Android 2.3.7 ke bawah akan ditamatkan pada 1 February 2020.
SISTEM OPERASI LAMA TIDAK LAGI BERUPAYA
Keputusan ini adalah untuk memberi pengalaman sempurna kepada pengguna WhatsApp dalam menggunakan kesemua ciri baru yang diperkenalkan.
Difahamkan kesemua sistem operasi dinyatakan di atas tidak lagi mampu menggalas beban fungsi yang dibawa masuk dalam aplikasi terbabit.
Penyelesaian yang disarankan oleh WhatsApp adalah menukar telefon pintar yang menjanjikan kemas kini system operasi dalam tempoh jangka masa panjang.
Minggu depan kita akan memasuki tahun baru 2018, jadi pengguna BlackBerry boleh mula untuk meninjau telefon pintar baru!
Related Topics
Must-Watch Video
Terkini

Mahu Melancong Dengan Mudah? Jom Baca 5 Fakta Tentang Aplikasi Journify Holidays

gempak
04/07/2024
18:00 MYT
Malaysia Aviation Group (MAG) telah mengumumkan pelancaran aplikasi percutian, Journify Holidays yang akan berlangsung dari 3 hingga 5 Julai 2024 di Lot 10 Bukit Bintang.
Terkini

Netizen Cadang Download Aplikasi Ini Untuk Mudahkan Perjalanan Pulang Ke Kampung

gempak
07/04/2024
03:55 MYT
Bagi mengelak diri dan keluarga tersekat atas jalan raya pada jangka masa yang lama, rancang perjalanan anda dengan memuat turun aplikasi daripada PLUS ini.
Viral

Niat Nak Guna Aplikasi JPJ, Wanita Terperanjat Gambar Lesen Bukan Diri Sendiri - “Semua Betul, Muka Je Bukan…”

gempak
12/03/2024
02:55 MYT
Katanya ramai yang dah kena
Laman Utama

Termakan Umpan Cari Kerja, Remaja Lelaki Diliwat & Dikurung 10 Hari Di Kampung Pandan!

gempak
14/09/2023
01:50 MYT
Kenapa boleh jadi macam tu?
Laman Utama

Akan Ada Servis Pembantu Digital Dalam Kedai, Ini Antara Kolaborasi Proaktif Al Ikhsan Spors & ComeBy!

gempak
12/08/2023
12:17 MYT
Al-Ikhsan Sports mengumumkan perkongsian strategiknya dengan ComeBy, platform analitik runcit yang terkemuka