Bertuahnya orang-orang Kuantan sekarang, tak payah pergi jauh kalau nak dapatkan gajet terkini sebab dah ada MARA Digital@Kuantan. Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah mengambil inisiatif memperluaskan hub teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dikenali sebagai MARA Digital@Kuantan di Plaza Gambut, Kuantan.


Bangunan MARA Digital@Kuantan. Dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dilancarkan pada 29 Oktober yang lalu, orang Kuantan ataupun anda yang nak berkunjung ke Kuantan, wajib singgah ke MARA Digital@Kuantan. Kenapa pula? Kami beri anda 5 sebab kenapa anda harus ke MARA Digital@Kuantan!

1. Dalam MARA Digital@Kuantan ini sahaja, ada pelbagai pilihan daripada telefon pintar, aksesori telefon, gajet terkini dan sebagainya. Anda tak payah lagi pergi merata, semuanya ada dalam satu pusat ini.

2. Diusahakan oleh orang Bumiputera sendiri, MARA Digital@Kuantan membantu usahawan kita berkecimpung dalam bidang perniagaan dan teknologi. Jom sokong perniagaan Bumiputera!

3. Makin bertambah meriah pilihan pusat membeli-belah untuk orang Kuantan! Jika sebelum ini anda selalu ke Berjaya Megamall, Kuantan Parade dan East Cost Mall, kini ada tambahan pusat membeli-belah terbaharu di Kuantan, MARA Digital@Kuantan.

4. Dengan tiga premis MARA yang dah dibuka di Kuala Lumpur, Shah Alam, Ipoh dan terkini di Kuantan, dua lagi premis MARA Digital akan dibuka di Sungai Rambai, Melaka dan Larkin, Johor tidak lama je lagi. Orang Melaka dan Johor diharap bersabar.

5. Lihat sahaja maklumbalas positif dari para pengunjung MARA Digital@Kuantan ini. Tidak ada alasan lagi untuk orang Kuantan atau orang luar tak datang ke pusat ini. Bawa keluarga, kawan-kawan dan pasangan anda segera.