Skip to main content

Selebriti

"Saya Tidak Menyesal Berkahwin Kerana..." - Zizi Kirana

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Zizi Kirana tidak menyesal berkahwin dengan Yusuf Bahrin dan menganggap perkahwinan itu sebagai ujian dari Allah yang mengajar erti melepaskan.
  • Dia mengambil masa lebih setahun untuk cuba menyelamatkan perkahwinan sebelum kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah.
  • Zizi dan Yusuf berkahwin pada 19 September 2021 dan sah bercerai pada 2 April lalu.
Advertisement

Penyanyi, Zizi Kirana mengakui tidak menyesal mendirikan rumah tangga bersama pelakon Yusuf Bahrin.

Menerusi perkongsian di temu bual Podcast Confession Bilik Gelap, Zizi menggangap perkara tersebut merupakan ujian buatnya, malah mengajar dirinya bahawa segala perkara merupakan pinjaman daripada ilahi.

Advertisement

"Saya tidak menyesali berkahwin kerana saya rasa itu adalah ujian yang Allah beri kepada saya untuk melepaskan sesuatu yang kita sayang

"Ia juga sebenarnya mengajar saya bahawa semua benda di dunia ini bukanlah milik kita. Ketika itu saya berfikir, benda yang paling kau sayang adalah perkara yang Allah akan uji sebenarnya. Jadi, bila Allah uji, saya kena belajar untuk melepaskan.

"Itu sahaja dalam fikiran saya ketika itu. Ini semua bukan saya punya. Semua Allah punya, tiada yang kekal," ujarnya.

Dalam masa sama, Zizi berkata dia mengambil masa setahun lebih untuk berusaha menyelamatkan perkahwinannya sebelum masing-masing akhirnya bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.

"Sebenarnya setahun lebih untuk saya ambil masa dan macam-macam rujukan saya cari. Saya berjumpa dengan orang yang berilmu dan berpengalaman. Melalui perbincangan terakhir, pihak sana pun telah bersetuju. 

"Kesusahan yang saya alami sebelum ini, Allah dah bagi jawapan. Cuma saya sahaja yang belum terbuka hati dan menidakkan perkara itu. 

Sekadar rekod, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan sah bercerai pada 2 April lalu.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement