Skip to main content

Viral

“Segala Sesuatu Yang Salah Pasti Akan…” - Fatin Morat

Fatin Morat

Sekilas

  • Isu antara pempengaruh Chazynash dan bekas isterinya, Fatin Morat, terus menjadi perhatian netizen selepas Chazy berkahwin dengan Sity Rosli.
  • Fatin berkongsi mesej di Threads yang memberi bayangan tentang pendedahan sesuatu kesalahan yang akan terungkap.
  • Wargamaya mendoakan agar Fatin kuat menghadapi dugaan dan fokus menjaga anak-anaknya.

Isu antara pempengaruh media sosial, Chazynash dan bekas isterinya iaitu Fatin Morat masih menjadi perbualan hangat di media sosial. 

 

Apatah lagi selepas Chazy difahamkan sudah melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya yang dikenali sebagai Sity Rosli pada Khamis. 

 

Terbaharu, perkongsian Fatin menerusi platform Threads yang memberi bayangan mengenai sesuatu kesalahan akan terbongkar menarik perhatian netizen. 

 

“Segala sesuatu yang salah pasti akan terungkap dengan izin dan kehendak-Nya,” tulis Fatin secara ringkas. 

 

Rata-rata wargamaya mendoakan agar Fatin sentiasa kuat berdepan dengan dugaan dan berharap wanita itu fokus pada anak-anak sahaja. 

 

“Awak sangat sabar dan kuat. Moga segala doa doa Fatin Morat, Allah angkat dan makbulkannya satu persatu. 

 

“Ya allah kau berilah kebaikan atas ujian yg menimpa, dan Kau gantikanlah dengan perkara-perkara yang lebih baik. Aamiin. Semoga dalam lindungan Allah dunia akhirat.

 

“Terus jadi kuat awak yang cantik. Allah tak pernah tidur,” komen beberapa wargamaya. 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement