,
Suara Viral

Bobby Suara Viral Rancang Kolaborasi Dengan Farid

ZULHILMI JALIL
16/07/2020
03:42 MYT
Peserta Suara Viral, Bobby menyifatkan penyingkirannya pada konsert minggu kelima malam tadi bukanlah menjadi titik penamat dalam meneruskan cita-citanya dalam dunia nyanyian.
Sebaliknya, menurut Bobby, ia merupakan satu peluang yang cukup berharga buatnya sebagai permulaan tapak buatnya untuk terus melangkah masuk dalam industri.
"Tak apalah, mungkin rezeki saya sampai di situ sahaja. Lagipun, saya siap dapat airtime (masa ke udara) di televisyen selama lima minggu dah..percuma lagi, siapa nak bagi kan.
"Selepas ini, saya akan teruskan juga bidang nyanyian ini," katanya kepada Astro Gempak.
Bercakap mengenai persembahannya malam tadi, Bobby akui lagu Dimanakan Ku Cari Ganti yang dinyanyikan itu merupakan satu tugasan yang agak mencabar.
"Kalau nak buat betul-betul dinamik seperti yang Datuk M. Nasir katakan, saya memang tak pandai lagi,
"Lagu itu ada syair, tapi saya nyanyi mendatar, sewaktu sesi latihan pun saya dinasihatkan untuk nyanyi begitu sahaja," katanya.
Dalam pada itu, menurut Bobby lagi, dia juga merancang untuk berkolaborasi dengan rakan seperjuangannya di Suara Viral, Farid yang tersingkir di minggu kedua.
"Kami memang ada berbincanglah untuk projek kolaborasi. Lagipun, Farid mempunyai kelebihan boleh bermain alat muzik. Mungkin kami boleh buat raw material dulu sebelum meneruskan dengan penerbitan lagu.
"Sewaktu dengan band lama saya pun, kami ada beberapa lagu dalam simpanan yang mereka beri kepada saya memandangkan mereka sudah tidak mahu lagi terus masuk dalam industri," katanya.
Bobby menjadi peserta keempat tersingkir dalam program Suara Viral malam tadi.
BACA: Bobby Tersingkir...Ini Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Konsert Minggu Ke-5
Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.
Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.
Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.
Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.
Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Pertama Kali Berganding Sama Amir Ahnaf, Anna Jobling Kongsi 3 Sebab Perlu Tonton Syurga Itu Bukan Mudah!

gempak
05/12/2023
09:45 MYT
Anna Jobling jayakan watak Aileen.
Laman Utama

Xiumin Exo, Bobby iKON Gegar 9WAVE Music Festival!

gempak
17/10/2023
11:20 MYT
Festival Muzik 9Wave di Sunway Lagoon pada 11 November depan.
Laman Utama

"Harap Mereka Selamat"- Farid Kamil Reda Serah Anak Pada Diana Danielle

gempak
21/08/2023
12:50 MYT
Doa yang baik-baik.
Laman Utama

Diana Danielle Dapat Hak Jagaan Penuh Anak, Segala Tuntutan Bersama Farid Kamil Diselesaikan Cara Baik

gempak
21/08/2023
09:39 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

Farid Kamil Lega Diana Danielle Izinkan Untuk Tambah Bilangan Hari Jumpa Anak - “Tapi Perlulah Ikut Prosedur Dengan Menghantar Surat…”

gempak
30/05/2023
05:24 MYT
Alhamdulillah.