Skip to main content
Advertisement

Sukan

Astro Teruskan Ini Gelanggang Kita Di AU3 Keramat, Dekatkan Pemain Sepak Takraw Negara Dengan Komuniti

Sekilas

  • Astro meneruskan program Ini Gelanggang Kita musim kedua di Gelanggang Sepak Takraw Kelab Tanjung Rimau AU3, Keramat, untuk memperkasa komuniti sepak takraw dan mendekatkan pemain kebangsaan dengan masyarakat setempat.
  • Program ini berlangsung menjelang penyertaan skuad sepak takraw Malaysia di Asian Games Aichi-Nagoya 2026 dan bertujuan mengeratkan hubungan antara pemain, peminat, dan komuniti.
  • Gelanggang Tanjung Rimau AU3 dipilih kerana peranannya sebagai pusat pembangunan bakat sejak 1998, dengan siaran Asian Games dan STL 2026 boleh ditonton di Astro dan platform digital Astro GO serta Sooka.
Advertisement

Astro meneruskan usaha memperkasa komuniti sepak takraw menerusi musim kedua program Ini Gelanggang Kita, yang tahun ini menghimpunkan pemain kebangsaan, personaliti Astro Arena dan penduduk setempat di Gelanggang Sepak Takraw Kelab Tanjung Rimau AU3, Keramat.

Program yang berlangsung menerusi aktiviti gotong-royong, mengecat dan menceriakan semula gelanggang yang telah menjadi pusat aktiviti sepak takraw komuniti sejak 1998 ini turut menjadi platform untuk mendekatkan pemain sepak takraw negara dengan masyarakat setempat. 

Advertisement

Astro jadikan Ini Gelanggang Kita platform sokongan komuniti menjelang Asian Games Aichi-Nagoya 2026

Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, berkata, “Penganjuran tahun ini cukup istimewa kerana ia berlangsung menjelang penyertaan skuad sepak takraw negara di 20th Asian Games Aichi-Nagoya 2026 yang akan bermula pada 19 September ini. Kami mahu pemain merasai sendiri sokongan komuniti sebelum mereka bersaing di kejohanan sukan berprestij  dan kembali bersama peminat di STL pada 7 Oktober nanti. Bagi Astro, inilah kesinambungan perjalanan sepak takraw, daripada komuniti ke pentas antarabangsa dan kembali ke gelanggang tempatan. Kami berharap inisiatif ini dapat mengeratkan hubungan antara pemain, peminat dan masyarakat yang sentiasa menyokong mereka.”

Presiden Kelab Sepaktakraw Tanjung Rimau AU3, Yusoff Ali merangkap Penolong Setiausaha Agung Persekutuan Sepaktakraw Maysia (PSM), berkata, “Gelanggang Sepak Takraw Kelab Tanjung Rimau sudah hampir tiga dekad menjadi sebahagian daripada komuniti AU3 Keramat. Di sinilah pemain muda mendapatkan pendedahan dan membina asas sebelum berkembang ke peringkat lebih tinggi. Antara nama berprofil tinggi yang pernah membina pengalaman dan menjalani latihan di sini termasuk pemain kebangsaan Malaysia, Amirul Zazwan Amir, serta Fadzlansyah Barahim, Hasrul Anuar Suboh dan Mohd Izzat Zainal Abidin.

“Gelanggang ini juga pernah menjadi lokasi latihan pasukan dari Thailand dan India bersempena Piala Dunia ISTAF. Apa yang lebih bermakna, gelanggang ini terus dijaga oleh komuniti sendiri. Kami amat menghargai inisiatif Astro menerusi Ini Gelanggang Kita yang memberi nafas baharu kepada gelanggang yang menjadi ruang bersama komuniti ini.”

Gelanggang Sepak Takraw Kelab Tanjung Rimau AU3, Keramat kekal pusat pembangunan bakat sejak 1998

Pemain kebangsaan Malaysia, Amirul Zazwan Amir yang beraksi di posisi apit kiri berkata, “Sokongan komuniti sangat bermakna kepada kami sebagai pemain, lebih-lebih lagi sebelum berangkat ke Asian Games. Saya sendiri terharu kerana pernah bermain di gelanggang ini, dan usaha Astro untuk menceriakan serta memulihkan semula gelanggang ini amat bermakna buat saya. Program seperti ini memberi peluang kepada kami untuk kembali bersama masyarakat dan 

merasai sendiri sokongan mereka sebelum membawa cabaran negara. Selepas Asian Games, kami akan kembali beraksi bersaing di STL. Semangat dan sokongan daripada komuniti ini pastinya menjadi motivasi untuk kami terus memberikan yang terbaik.”

Gelanggang Sepak Takraw Kelab Tanjung Rimau AU3, Keramat dipilih sebagai lokasi edisi kedua program ini berikutan peranannya yang telah sekian lama menjadi pusat aktiviti dan pembangunan bakat sepak takraw dalam komuniti setempat.

Saksikan aksi Asian Games Aichi-Nagoya 2026 bermula 19 September 2026 menerusi saluran-saluran khas Astro, diikuti saingan STL 2026 yang akan membuka tirainya pada 7 Oktober 2026 di Astro Arena (Saluran 801). Kedua-dua acara perlawanan turut boleh distrim menerusi Astro GO dan Sooka.

Soalan lazim

Apakah aktiviti yang dijalankan dalam program Ini Gelanggang Kita musim kedua?

Program yang berlangsung menerusi aktiviti gotong-royong, mengecat dan menceriakan semula gelanggang yang telah menjadi pusat aktiviti sepak takraw komuniti sejak 1998 ini turut menjadi platform untuk mendekatkan pemain sepak takraw negara dengan masyarakat setempat.

Mengapa penganjuran tahun ini dianggap istimewa oleh Astro?

Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, berkata, “Penganjuran tahun ini cukup istimewa kerana ia berlangsung menjelang penyertaan skuad sepak takraw negara di 20th Asian Games Aichi-Nagoya 2026 yang akan bermula pada 19 September ini. Kami mahu pemain merasai sendiri sokongan komuniti sebelum mereka bersaing di kejohanan sukan berprestij dan kembali bersama peminat di STL pada 7 Oktober nanti. Bagi Astro, inilah kesinambungan perjalanan sepak takraw, daripada komuniti ke pentas antarabangsa dan kembali ke gelanggang tempatan. Kami berharap inisiatif ini dapat mengeratkan hubungan antara pemain, peminat dan masyarakat yang sentiasa menyokong mereka.”

Siapakah antara pemain berprofil tinggi yang pernah berlatih di Gelanggang Sepak Takraw Kelab Tanjung Rimau AU3?

Presiden Kelab Sepaktakraw Tanjung Rimau AU3, Yusoff Ali merangkap Penolong Setiausaha Agung Persekutuan Sepaktakraw Maysia (PSM), berkata, “Gelanggang Sepak Takraw Kelab Tanjung Rimau sudah hampir tiga dekad menjadi sebahagian daripada komuniti AU3 Keramat. Di sinilah pemain muda mendapatkan pendedahan dan membina asas sebelum berkembang ke peringkat lebih tinggi. Antara nama berprofil tinggi yang pernah membina pengalaman dan menjalani latihan di sini termasuk pemain kebangsaan Malaysia, Amirul Zazwan Amir, serta Fadzlansyah Barahim, Hasrul Anuar Suboh dan Mohd Izzat Zainal Abidin.

Mengapa Gelanggang Sepak Takraw Kelab Tanjung Rimau AU3 dipilih untuk edisi kedua program ini?

Gelanggang Sepak Takraw Kelab Tanjung Rimau AU3, Keramat dipilih sebagai lokasi edisi kedua program ini berikutan peranannya yang telah sekian lama menjadi pusat aktiviti dan pembangunan bakat sepak takraw dalam komuniti setempat.

Bilakah siaran Asian Games Aichi-Nagoya 2026 dan STL 2026 boleh disaksikan di platform Astro?

Saksikan aksi Asian Games Aichi-Nagoya 2026 bermula 19 September 2026 menerusi saluran-saluran khas Astro, diikuti saingan STL 2026 yang akan membuka tirainya pada 7 Oktober 2026 di Astro Arena (Saluran 801). Kedua-dua acara perlawanan turut boleh distrim menerusi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement