Skip to main content

Sukan

HYROX 2026: KBS Tidak Lulus Permohonan Selagi Tajaan Alkohol Tidak Ditarik Balik

HYROX 2026: KBS Tidak Lulus Permohonan Selagi Tajaan Alkohol Tidak Ditarik Balik

Sekilas

  • Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan meluluskan acara HYROX Kuala Lumpur 2026 selagi tajaan syarikat minuman beralkohol tidak ditarik balik sepenuhnya.
  • Permohonan penganjuran acara yang dijadualkan pada 10 hingga 13 Disember ini masih dalam proses dan belum mendapat kelulusan KBS.
  • KBS menegaskan semua penganjur perlu mematuhi peraturan termasuk mendapatkan lesen dan mengelakkan tajaan dari produk tembakau, rokok elektronik, dan minuman beralkohol bagi memastikan persekitaran sukan yang selamat.
Advertisement

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan meluluskan penganjuran acara HYROX Kuala Lumpur 2026 selagi tajaan syarikat minuman beralkohol yang dikaitkan dengan acara itu tidak ditarik balik sepenuhnya.

Menterinya, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, permohonan penganjuran acara berkenaan yang dijadual berlangsung pada 10 hingga 13 Disember ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur masih dalam proses dan belum mendapat kelulusan KBS.

Beliau menjelaskan, kementerian juga tidak menyalurkan sebarang dana kepada penganjuran acara berkenaan.

Advertisement

Menurutnya, pendirian itu selaras dengan Kod Sukan Selamat yang melarang syarikat berkaitan produk tembakau, rokok elektronik dan minuman beralkohol daripada menaja, mempromosi atau meletakkan cap dagangan dalam acara sukan yang diluluskan atau disokong KBS.

Sehubungan itu, penganjur perlu menarik balik sepenuhnya tajaan berkenaan termasuk mengeluarkan semua logo, cap dagangan dan bahan promosi berkaitan daripada saluran rasmi acara serta lokasi pertandingan.

Dalam pada itu, KBS mengingatkan bahawa Seksyen 36(1) Akta Pembangunan Sukan 1997 menetapkan syarikat perlu mendapatkan lesen daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia sebelum terlibat dalam aktiviti sukan.

Advertisement

Kegagalan mematuhi peruntukan itu boleh dikenakan denda antara RM50,000 hingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

KBS menegaskan peraturan berkenaan terpakai kepada semua penganjur tanpa pengecualian, demi memastikan persekitaran sukan yang selamat dan sihat untuk semua peserta.

Sumber: Astro AWANI 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement