Skip to main content

Berita Tempatan

NSL EmpowerHER 2026 Perkasa Wanita & Komuniti Bola Jaring

Astro Gempak bolajaring (1)

Sekilas

  • Astro Arena dan Astro Kasih lancarkan NSL EmpowerHER 2026 untuk memperkasakan pembangunan sukan wanita melalui program pendidikan dan aktiviti unik seperti "Penalty Shoot on Ice".
  • Program ini melibatkan hampir 70 peserta dari kelab dan akademi bola jaring seluruh negara dengan fokus membina komuniti yang profesional dan bersedia menghadapi cabaran sukan moden.
  • Musim kelima Netball Super League bermula 17 April dengan lapan pasukan bertanding, siaran langsung boleh ditonton di Astro Arena dan platform Sooka.

Astro Arena bersama Astro Kasih terus memperkukuh komitmen terhadap pembangunan sukan wanita menerusi penganjuran NSL EmpowerHER 2026, satu inisiatif kelestarian yang julung kali diperkenalkan bersempena musim kelima Netball Super League (NSL), liga bola jaring profesional terulung negara.

Program ini menghimpunkan hampir 70 peserta daripada pelbagai kelab dan akademi bola jaring aktif di seluruh negara, dengan matlamat memperkasa komuniti agar lebih tersusun, profesional dan bersedia mendepani cabaran sukan moden. Pendekatan yang digunakan menggabungkan elemen pendidikan, motivasi serta pengalaman praktikal dalam suasana santai namun tetap bermakna.

Edisi kali ini dianjurkan dengan kerjasama Netball Hive, platform digital komuniti bola jaring terkemuka, manakala MyNISS bertindak sebagai venue rasmi, sekali gus memberikan pengalaman berbeza kepada para peserta.

Antara aktiviti paling mencuri tumpuan ialah “Penalty Shoot on Ice”, cabaran unik yang menyaksikan peserta melakukan penalti di atas gelanggang ais sebenar. Pengalaman luar biasa itu bukan sahaja menyeronokkan, malah menguji keseimbangan dan keberanian mereka.

Selain aktiviti fizikal, peserta turut mengikuti sesi perkongsian ilmu yang menyentuh topik penting seperti Kod Sukan Selamat, Pertolongan Cemas Sukan, Kesedaran Kecederaan Sukan serta Dandanan Diri. Sesi ini dikendalikan oleh pakar industri dan pemain NSL, sekali gus memberi pendedahan komprehensif terhadap aspek pengurusan kelab yang selamat dan profesional.

Menurut Nicholas John, Ketua Bahagian Sukan Astro:

“EmpowerHER bukan hanya sekadar ceramah, ia bertujuan untuk membina komuniti wanita yang yakin, progresif dan bersedia untuk memimpin. NSL bukan sekadar platform kompetitif; ia adalah usaha membangunkan bakat dari akar umbi, termasuk belia yang baru membina langkah dalam dunia sukan. Kami mahu setiap peserta pulang dengan inspirasi baharu dan pemahaman bahawa mereka adalah sebahagian penting masa depan bola jaring negara.”

Beliau turut menegaskan bahawa EmpowerHER 2026 mencerminkan evolusi pembangunan sukan wanita yang kini melangkaui gelanggang semata mata.

“EmpowerHER 2026 menjadi simbol bahawa pembangunan sukan wanita tidak lagi terhad kepada gelanggang semata-mata, tetapi kini telah berkembang menjadi sebuah gerakan komuniti yang lebih besar, lebih kuat dan lebih menyatu. Kami berharap inisiatif ini terus menjadi pemangkin kepada lebih banyak program pembangunan yang kreatif, inklusif dan berimpak untuk komuniti bola jaring pada masa akan datang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, NSL bakal membuka tirai musim baharu bermula 17 April dengan penyertaan lapan pasukan terbaik yang dijangka menyajikan aksi lebih kompetitif dan dinamik.

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini menerusi Instagram rasmi nsl.my serta Facebook MalaysiaNetballSuperLeague. Musim kelima NSL boleh ditonton di Astro Arena Saluran 801 dan platform sooka bermula 17 April 2026.

Astro turut menawarkan Pek Astro One bermula RM49.99 bagi memberikan pengalaman strim dan hiburan tanpa batas. Untuk maklumat lanjut, layari astro.com.my atau hubungi Astro melalui WhatsApp di 03 9543 3838.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Unisex X Speedportal.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GZ5109) Sport Planet 67-02

adidas Unisex X Speedportal.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GZ5109) Sport Planet 67-02

WEST BIKING Cycling Jersey Bicycle Clothing Suit Summer Men Women Short-Sleeved Tops Bicycle Mountain Road Bike Shorts Clothes Cycling Equipment

WEST BIKING Cycling Jersey Bicycle Clothing Suit Summer Men Women Short-Sleeved Tops Bicycle Mountain Road Bike Shorts Clothes Cycling Equipment

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

【READY STOCK】Socks Men Sport Socks Stoking Sukan Premium Stokin Profesional Larian Bola Sepak Running socks men

【READY STOCK】Socks Men Sport Socks Stoking Sukan Premium Stokin Profesional Larian Bola Sepak Running socks men

【Ready Stock】FitYoga Women Yoga Pants Fitness Pants Legging for Running Yoga Sports Fitness

【Ready Stock】FitYoga Women Yoga Pants Fitness Pants Legging for Running Yoga Sports Fitness

Yonex Unisex Yonex Skill 6 Badminton Shoe (SKILL6-WTBK) Sport Planet 62-02

Yonex Unisex Yonex Skill 6 Badminton Shoe (SKILL6-WTBK) Sport Planet 62-02

Must Watch Video

Advertisement