Skip to main content

Sukan

“Rasa Diri Saya Turut Dihargai Apabila…” - Pereka Uniform Azizulhasni Awang Sebak Lihat Jaguh Negara Julang Emas

Ummi Pereka Uniform SEA Games Kuala Lumpur

Sekilas

  • Ummi, pereka fesyen, berasa bangga apabila jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang, memakai uniform rekaan beliau di Sukan SEA Kuala Lumpur.
  • Uniform tersebut dihasilkan selepas melalui proses lakaran dan penyelidikan bersama Kementerian Belia dan Sukan serta Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan.
  • Ummi turut menawarkan khidmat rekaan baharu dan menerima pujian atas sumbangan di belakang tabir yang membantu kejayaan atlet negara.
Advertisement

Pereka fesyen yang dikenali sebagai Ummi meluahkan rasa bangga dan terharu selepas melihat jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang, mengenakan uniform hasil rekaannya ketika mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Advertisement

Menerusi video di Instagram, Ummi memperkenalkan dirinya sebagai individu yang bertanggungjawab mereka bentuk uniform kontinjen negara bagi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

Menurutnya, kemenangan yang diraih Azizulhasni bukan sahaja membanggakan negara, malah memberikan kepuasan tersendiri apabila hasil titik peluhnya dapat disaksikan di pentas dunia.

Advertisement

"Tahniah Datuk Azizulhasni Awang. Anda telah meletakkan Malaysia di tempat yang begitu indah di mata dunia. Anda membuatkan negara kita dilihat dan dihargai.

"Saya juga sangat emosional apabila mendengar anda menang. Saya tak sangka kerana uniform yang dipakai itu adalah hasil rekaan saya," katanya.

Ummi turut berkongsi proses penghasilan uniform tersebut yang melalui pelbagai lakaran dan penyelidikan sebelum ia dipilih sebagai rekaan rasmi kontinjen negara.

Katanya, segala usaha dan kerja keras yang dicurahkan akhirnya berbaloi apabila melihat atlet kebanggaan negara memakai uniform itu dengan penuh bangga sehingga berjaya mencipta kemenangan.

"Terima kasih kerana membuatkan hari saya begitu bermakna. Saya rasa diri saya juga turut dihargai apabila melihat hasil kerja saya berada di pentas sebesar ini," ujarnya.

Dalam masa sama, Ummi secara berseloroh menawarkan khidmatnya sekiranya Azizulhasni memerlukan rekaan baharu pada masa akan datang.

"Saya ada banyak idea untuk Jalur Gemilang dan belang harimau. Kalau perlukan rekaan baharu, hubungi saya. Saya sentiasa bersedia," katanya lagi.

Perkongsian itu mengundang perhatian ramai yang memuji bakat Ummi serta menyifatkan kejayaan seseorang atlet bukan sahaja didorong oleh usaha mereka sendiri, malah turut melibatkan sumbangan individu di belakang tabir yang jarang diberi perhatian.

View this post on Instagram

A post shared by Ummi (@senizeug)

Anda mungkin berminat dengan

Stoned World Cup Series : Argentina

Stoned World Cup Series : Argentina

Plus Size 40-100kg Wide leg plaid long pants women casual pants new Korean style Seluar Panjang Perempuan

Plus Size 40-100kg Wide leg plaid long pants women casual pants new Korean style Seluar Panjang Perempuan

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

💖GHIIO💖 [ready stock in Malaysia] Knit Women Long Sleeve Shirt Blouse Women Korean Style Ladies Slim Knitted Knitwear Knit V-Neck Tops Baju 13 Colors baju perempuan

💖GHIIO💖 [ready stock in Malaysia] Knit Women Long Sleeve Shirt Blouse Women Korean Style Ladies Slim Knitted Knitwear Knit V-Neck Tops Baju 13 Colors baju perempuan

[READY STOCK] 7PCS Cotton Panties Women Antibacterial Mid Waist Underwear Seluar Dalam Wanita Ladies Breathable Briefs

[READY STOCK] 7PCS Cotton Panties Women Antibacterial Mid Waist Underwear Seluar Dalam Wanita Ladies Breathable Briefs

【NANJIREN】Men's Boxer Ice Silk Briefs Lyraki Graphene Antibacterial Lyraki Seluar Dalam Lyraki Men's Underwear Briefs Breathable Boxer Briefs Men

【NANJIREN】Men's Boxer Ice Silk Briefs Lyraki Graphene Antibacterial Lyraki Seluar Dalam Lyraki Men's Underwear Briefs Breathable Boxer Briefs Men

Must Watch Video

Advertisement