Skip to main content

Sepak Takraw

Sukan Asia 2026: Penantian 36 Tahun Berakhir, Skuad Sepak Takraw Raih Pingat Emas Acara Regu Berpasukan

Sukan Asia 2026: Penantian 36 Tahun Berakhir, Skuad Sepak Takraw Raih Pingat Emas Acara Regu Berpasukan

Sekilas

  • Skuad sepak takraw lelaki Malaysia akhirnya meraih emas regu berpasukan di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas menewaskan Thailand 2-0 dalam final.
  • Kemenangan ini mengulangi pencapaian bersejarah pada Sukan Asia Beijing 1990 dan juga kemenangan ke-2 berturut-turut ke atas Thailand selepas Sukan SEA 2025.
  • Emas sepak takraw ini merupakan pingat keempat yang diraih oleh kontinjen Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Advertisement

Penantian 36 tahun skuad sepak takraw lelaki negara untuk kembali meraih emas regu berpasukan di Sukan Asia akhirnya terlerai selepas Malaysia menewaskan Thailand 2-0 pada final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 sebentar tadi.

Bertempat di Nagoya City Mizuho Arena, kejayaan itu mengulangi pencapaian bersejarah pada Sukan Asia Beijing 1990 apabila Malaysia turut menewaskan Thailand di pentas final bagi merebut emas acara sama.

Advertisement

Malaysia membuka tirai dengan kemenangan regu pertama yang dibarisi Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Farhan Adam dan Mohamad Azlan Alias ke atas trio Thailand, Marukin Phanmakon, Putawan Sopa dan Pornthep Tingbangbon.

Walaupun dipaksa bekerja keras selepas tewas set kedua 5-15, trio negara bangkit pada set penentuan untuk mencatat kemenangan 15-9, 5-15, 15-11 sekali gus memberikan mata pertama buat Malaysia.

Regu kedua yang menampilkan Muhammad Zulkifli Abd Razak, Aidil Aiman Azwawi dan Muhammad Afifudin Razali kemudian menyempurnakan misi negara apabila menewaskan Kritsanapong Nontakote, Tanaphon Sapyen dan Wuttinu Kamsanor 15-13, 15-10.

Advertisement

Kemenangan itu turut menyaksikan Malaysia menewaskan Thailand dalam final regu berpasukan buat kali kedua berturut-turut selepas turut melakukannya pada Sukan SEA Thailand 2025, Disember lalu.

Pingat emas sepak takraw itu juga menjadi emas keempat yang diraih kontinjen Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Italy 26 Away Jersey Men Blue KC8704

adidas Football Italy 26 Away Jersey Men Blue KC8704

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Arai Tour-X4 Break Orange

Arai Tour-X4 Break Orange

SAFETY SHOE JENIS SPORT LATEST DESIGN

SAFETY SHOE JENIS SPORT LATEST DESIGN

Must Watch Video

Advertisement