Skip to main content

Selebriti

Syida Melvin Dakwa Suami Gagal Langsai Hutang Syarikat, Luah Rasa Jadi ‘Pengemis’ Dalam Bisnes Sendiri - "Bank Kejar Aku Hari-Hari”

Astrogempak

Sekilas

  • Pelakon Syida Melvin mendedahkan suaminya, Syafiq Shaheen, mempunyai tunggakan hutang syarikat yang menyebabkan dia berasa teraniaya.
  • Syida berkongsi bahawa suaminya tidak membayar hutang syarikat dan rumah kelamin mereka selama dua bulan walaupun menerima gaji besar.
  • Dia juga mendedahkan kesukaran berdepan situasi ini dan memahami sebab ramai berkongsi isu penceraian di media sosial.

Pelakon, Syida Melvin mendedahkan bahawa suaminya, Syafiq Shaheen didakwa mempunyai tunggakan hutang melibatkan syarikat perniagaan mereka sehingga membuatkan dirinya berasa teraniaya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Syida mendakwa segala usahanya untuk meminta suaminya melunaskan hutang tersebut gagal apabila bayaran masih tertunggak sehingga kini.

“Dear SS, Tak sangka aku kena jadi pengemis dalam syarikat yang ada nama aku yang letak modal untuk siapkan perniagaan. Aku siap lebur harta hanya untuk nak buat modal bisnes sampai ia siap dan beroperasi. Aku tak ambil gaji banyak pun bulanan tapi ini yang aku dapat.

“Aku suruh bayar hutang syarikat yang guna nama aku pun asyik tertunggak. Minta buat online transaksi pun tak boleh buat.

“Bila aku keluarkan duit dekat bank, dia call bank suruh sekat dan tarik balik duit yang dah masuk dalam akaun aku untuk bayar kad kredit hutang syarikat.

“Pergi buat laporan polis atas alasan cek tempah syarikat dah hilang padahal dia tahu sahaja cek itu ada bersama dengna aku. Adalah motif dia supaya aku tak dapat keluarkan duit,”tulisnya.

Dalam pada itu, adik kepada aktres Syatilla Melvin itu turut mendakwa suaminya turut tidak membuat bayaran bagi rumah kelamin mereka yang telah tertunggak selama dua bulan.

“Duit rumah kelamin yang atas nama aku, dua bulan dia duduk tak bayar. Bank kejar aku hari-hari. Dia duduk rumah besar seorang diri. Aku dan anak tinggal merata rumah keluarga sebab masih dalam proses bercerai. Aku hanya akan bayar dalam tempoh yang aku duduk rumah itu sahaja.

“Aku dah minta elok-elok tapi masih tak layan, Pastu minta aku tunjuk bukti loan, statement dan hutang syarikat. Dia ambil gaji RM25 ribu bulan lepas, aku tak tak banyak tanya pun,”ujarnya.

Menurut Syida, dia tidak pernah menyangka bahawa dia terpaksa berdepan situasi tersebut kerana selama ini dia hanya melihat isu rumah tangga yang dikongsikan orang ramai di media sosial.

“Aku tak sangka benda ini akan jadi pada aku. Dulu, aku selalu tertanya kenapa orang dedah isu penceraian kat media sosial, sampailah kena pada diri aku sendiri. Aku dah faham bila kena hadap orang narsisitik.

“Mungkin selama ini orang luar selalu tertanya kenapa kami tiada gambar bersama ketika hari raya. Tak akan aku tak teringin nak rapat dengan keluarga mentrua sama macam keluarga aku kan,”kongsinya. 

Anda mungkin berminat dengan

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Advertisement