Skip to main content

Tasha Manshahar Jelaskan Ada Sebab Tidak Guna Nama Pentas Ketika Bertugas Sebagai Guru - “Nadia Nama Saya Juga…”

Astro Gempak 224

Sekilas

  • Tasha Manshahar jelaskan nama sebenar dia ialah Nadia, yang digunakan sejak mula berkhidmat sebagai guru pada 2016.
  • Nama Tasha Manshahar adalah nama pentas, manakala Nadia adalah nama rasmi yang digunakan di sekolah.
  • Dia kini fokus sepenuhnya sebagai guru Bahasa Inggeris di Melaka dan sudah bersara dari dunia nyanyian.

Penyanyi, Tasha Manshahar tampil menjelaskan kekeliruan orang ramai mengenai namanya selepas tular video memaparkan dirinya memakai tag nama ‘Nadia’.

Tasha yang kini berkhidmat sebagai guru sekolah berkata, masih ramai yang keliru apabila dia memakai tag nama tersebutz

Menurutnya, Nadia juga merupakan namanya yang sebenar dan bukan merujuk kepada individu lain.

“Ramai betul dah confused. Nadia tu nama saya lah juga. Kita tak boleh pakai nama-nama orang lain.

“Cuma dalam kalangan geng millennials, mungkin saya lebih dikenali sebagai Tasha Manshahar. Sebab Tasha Manshahar tu adalah stage name saya. Tasha tu sebenarnya Natasha.

“Nama saya juga dan Manshahar adalah nama ayah saya,” jelasnya.

Tambahnya, dia mula menggunakan nama Nadia sejak berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2016.

“Nadia ni saya decided untuk guna sejak saya mula berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia pada 2016. Jadi tahun ini dah masuk tahun ke-10 saya mengajar.

“Ada beberapa pengalaman yang saya lalui sebelum itu yang membuatkan saya rasa saya tak boleh guna nama Tasha dekat sekolah.

“Saya kena guna nama Nadia. Jadi dari hari pertama saya mula berkhidmat sehinggalah ke hari ini, saya gunakan nama itu,” katanya.

Untuk info, Tasha Manshahar atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar masih aktif berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah di Melaka. 

Tasha difahamkan telah bersara sepenuhnya daripada dunia nyanyian untuk memberikan tumpuan penuh menjadi warga pendidik.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Must-Watch Video

Advertisement