,
The Hardest Singing Show

THSS: Bakar Tangan Atas Pentas, Putera Muhammad Raih Markah Tertinggi 93.20%!, Jom Semak Markah Penuh Semua Peserta

Umirah Halim
01/07/2024
00:06 MYT
Penyanyi, Putera Muhammad telah dinobatkan sebagai peserta yang menduduki tangga pertama di minggu ke-8 dalam pertandingan The Hardest Singing Show setelah beberapa kali menduduki kedudukan paling tercorot.
Putera tampil memukau penonton dengan persembahan bertenaganya yang diselang-seli kan dengan stunt bak filem aksi dan digabungkan dengan tema berunsurkan elemen api.
Bukan itu sahaja, Putera turut membakar tangannya dengan api di atas pentas ketika membuat persembahan.
Persembahannya itu telah meraih sorokan hangat daripada peminat dan standing ovation oleh kesemua barisan juri.

ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Penangan Sheesh & Persembahan Out Of The Box, Aisha Retno Raih Mata Tertinggi 94.55%! Ini Senarai Markah Penuh

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Persembahan Ayda Jebat Over The Top, Suara Aisha Retno Unik, Ini Recap Minggu Pertama THSS

Putera Muhammad raih 93.20%

Dengan tema Estetika Alam, minggu ini telah menyaksikan Putera Muhammad menerusi lagu nyanyian asal, Once Mekel iaitu Hilang Naluri berjaya mengungguli kesemua enam bintang lain dengan markah 93.20% sekaligus membawa pulang RM2,000 untuk Anugerah The Hardest of Night.
Sementara itu, persembahan memukau daripada Ayda Jebat telah meraih undian yang banyak daripada penonton sekaligus mendapat Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa untuk minggu kelapan dan telah membawa pulang RM3,000.
Manakala, tiada penyingkiran peserta diumumkan pada minggu ini kerana semua LUSM (Level Up Satu Minggu).
Jom kita semak markah penuh peserta untuk konsert minggu keempat The Hardest Singing Show;
Rancangan 10 minggu ini bakal diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

​ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Selalu Buat Aksi Stunt Ganas, Ayda Jebat Sudah Terima Nasihat Doktor

​ARTIKEL BERKAITAN: Aepul Roza Akui Tumpang Populariti Kontroversi Rumah Tangga Sedang ‘Panas’ - “Kebanyakan Karya Saya…”

Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.
Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show
* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000
beserta trofi sumbangan Astro.
* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.
* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazm
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Peminat Cemas, Olivia Rodrigo Ketawa Jatuh Lubang Atas Pentas

gempak
16/10/2024
13:00 MYT
Penyanyi Olivia Rodrigo menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat selepas terjatuh sewaktu melakukan persembahan di Melbourne, Australia pada awalnya minggu ini.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Maria & Balqis Tersingkir, Gie Raih Tempat Pertama Di Minggu Kelima!

gempak
12/10/2024
22:35 MYT
Kilauan Emas 2024 minggu kelima telah menyaksikan lapan peserta layak ke minggu seterusnya.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Maria Raih Emas Berkilau Of The Tiga Kali Berturut-Turut, Tiada Penyingkiran Di Minggu Keempat

gempak
06/10/2024
00:14 MYT
Kilauan Emas 2024 minggu keempat telah menyaksikan sepuluh peserta layak ke minggu seterusnya.
Viral

GISB: Buku Al-Arqam, Jadual Zikir Aurad Muhammadiyah Cuba Ditanam & Dibakar, Dirampas

gempak
22/09/2024
02:55 MYT
Sebanyak 285 barangan berkaitan ajaran Al-Arqam, gerakan yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1994, ditemukan dalam serbuan ke atas 19 premis berkenaan GISB Holdings Sdn Bhd (GSBH) di sekitar Melaka
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Ina Raih Tempat Pertama, Dino Pukau Juri, Maria Bawa Pulang Piala Emas Berkilau Of The Week

gempak
21/09/2024
18:55 MYT
Kilauan Emas 2024 minggu kedua telah menyaksikan semua peserta layak ke minggu seterusnya.
BorakSeeni