The Hardest Singing Show
THSS: Diputar Sambil Dibaling Belon Air, Persembahan Putra Muhammad Raih Standing Ovation Kesemua Juri - “Dia Dah Mula Confident”
Konsert minggu keempat The Hardest Singing Show (THSS) yang membawa tema Rota Sing berlangsung dengan hangat pada malam ini menyaksikan persaingan sengit dalam kalangan 8 finalis.
Antara yang menarik perhatian penonton pada konsert malam ini adalah persembahan daripada penyanyi berbakat, Putra Muhammad.
Pada minggu ini, Putra merupakan peserta kedua yang mempersembahkan lagu Jadi Aku Sebentar Sahaja nyanyian asal Judika.
ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Penangan Sheesh & Persembahan Out Of The Box, Aisha Retno Raih Mata Tertinggi 94.55%! Ini Senarai Markah Penuh
Pada minggu ini, Putera memukau para penonton apabila menyanyi sambil dipusingkan secara 360 darjah di papan sambil dibaling belon air semasa melakukan persembahannya persembahannya.
Putera tampil membuat persembahan dengan tema circus.
Standing ovation
Persembahan unik penyanyi berusia 32 tahun itu telah mendapat standing oviation daripada kesemua juri dan diikuti dengan sorakan gemuruh penonton.
Bukan itu sahaja, persembahan tersebut turut memdapat pujian daripada juri Edry Abdul Halim.
“Bangga dengan Putra, sebab awak dah faham konsep, penceritaan untuk persembahan pun sampai, kita dah nampak Putra dah mula confident,” kata Edry.
ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Diberi Gelaran Peserta ‘Underdog’, Aepul Roza; "Saya Tak Anggap Negatif Tapi Itu Satu ..."
Rancangan 10 minggu ini bakal diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Stacy Tak Marah Orang Kata Menari Nampak Mengah - “Memang Betul Benda Tu Kena Jaga”
Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.
Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show
* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000
beserta trofi sumbangan Astro.
* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.
* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Must-Watch Video