The Hardest Singing Show
THSS: ‘Ghaib’ Atas Pentas, Ayda Jebat Raih Markah Tertinggi Sebanyak 94.63 Peratus! Jom Semak Markah Penuh Peserta!
Penyanyi, Ayda Jebat merebut semula takhtanya sebagai bintang yang menduduki tangga pertama di minggu keempat dalam pertandingan The Hardest Singing Show (THSS).
Ghaib
Pada malam semalam, Ayda tampil memukau penonton dengan persembahan yang menyuntik elemen magis. Di akhir persembahannya, Ayda 'ghaib' dan muncul semula dengan membuat kejutan di belakang juri, Datuk Seri Rossa.
Ayda raih 94.63 peratus
Bertemakan Rota Sing, minggu ini menyaksikan Ayda Jebat mempersembahan lagu Bring Me To Life nyanyian asal Evanescence. Menerusi persembahan berkenaan, Ayda berjaya meninggalkan kesemua tujuh bintang lain dengan markah 94.63 peratus sekaligus membawa pulang RM2,000 untuk Anugerah The Hardest of Night.
Manakala, tempat kedua pula diraih oleh Putera Muhammad dengan 89.99 peratus manakala Aisha Retno dan Zizi Kirana masing-masing 89.93 peratus 85.80 peratus.
Sementara itu, persembahan memukau daripada Stacy dengan lagu Zona Nyaman (Fourtwnty) telah menjadi pilihan Datuk Alha Alfa sekaligus menerima Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa untuk minggu kedua dan telah membawa pulang RM3,000.
Jom semak markah penuh peserta untuk konsert minggu keempat The Hardest Singing Show;
Rancangan 10 minggu ini bakal diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Datuk Seri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.
Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show
* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000
beserta trofi sumbangan Astro.
* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.
* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.
Berita Trending: THSS: Diputar Sambil Dibaling Belon Air, Persembahan Putra Muhammad Raih Standing Ovation Kesemua Juri - “Dia Dah Mula Confident”
Berita Trending: THSS: Stacy Tak Marah Orang Kata Menari Nampak Mengah - “Memang Betul Benda Tu Kena Jaga”
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Must-Watch Video