Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

THSS: "Orang Ingat Saya Tak Percaya Dapat Nombor Lima" - Putera Muhammad

Ainun
16/07/2024 13:55 MYT
Penyanyi Putera Muhammad akur dengan keputusan juri dan berpuas hati berada di kedudukan kelima pertandingan realiti nyanyian The Hardest Singing Show (THSS).

Kata Putera, 31, dia masih terkejut apabila diumumkan berada di tempat kelima dan percaya pada ketentuan rezeki Allah.

“Saya terkejut sebenarnya dengan keputusan yang saya terima. Orang ingat saya tak percaya, tapi saya terkejut sebab nama saya tiba-tiba diumumkan.


“Saya tak tengok persembahan orang lain, tapi bila persembahan saya berjaya, saya rasa Insya-Allah boleh menang. Jadi, apa yang saya dapat itulah rezeki saya,” kata Putera kepada Gempak.

Menganggap pesaing terkuat adalah dirinya sendiri, Putera enggan menjadikan peserta lain sebagai penghalang untuknya mara setiap minggu.

BERITA TRENDING: THSS: Dapat No.3, Stacy Mohon Maaf Kecewakan Peminat - "Mereka Harapkan Saya Juara"

BERITA TRENDING: THSS: Syok Sangat Buat Stunt, Lutut Aepul Roza 'Terkeluar'! - "Dari Minggu Pertama Sakit Belakang, Buku Lali Saya Pula ..."

BERITA TRENDING: THSS: Main Sihir? Aisha Retno Dakwa 'Diganggu' Senior Sepanjang Bertanding - "Saya Sedih, Sempat Mengidolakan ..."

BERITA TRENDING: THSS: Raih Naib Juara The Hardest Singing Show, Ayda Jebat Tumpang Gembira Kemenangan Aepul

“Saya terlalu sibuk memikirkan tema persembahan apa yang saya perlu bawa sepanjang pertandingan itu berlangsung.

“Bagi saya pesaing terkuat saya adalah diri saya sendiri dan berfikir macam mana saya nak bagi lebih hebat dari minggu sebelumnya,” tambahnya.

Putera berada di kedudukan kelima selepas Aepul Roza, Ayda Jebat, Stacy dan Aisha Retno. Manakala, Zizi Kirana diumumkan berada di tangga keenam pada konsert final The Hardest Singing Show.

#The #Muhammad #Rezeki #Pertandingan #Kelima #Putera #Hardest Singing Show