The Hardest Singing Show
THSS: Raih Naib Juara The Hardest Singing Show, Ayda Jebat Tumpang Gembira Kemenangan Aepul
Penyanyi Ayda Jebat memaklumkan bahawa dia tidak berasa ralat dalam dirinya walaupun mendapat tempat kedua di konsert final The Hardest Singing Show musim pertama malam tadi.
Semua peserta layak menang
Kata Ayda, semua peserta layak untuk menang kerana sudah berusaha sepanjang 10 minggu untuk memberikan persembahan yang terbaik.
“Semua orang layak untuk menang sebab semau ada kreativiti masing-masing dan mereka menggunakan kelebihan masing-masing.
“Bagi saya kemenangan aepul itu membuka mata orang lain sebab tak semestinya sesuatu pertandingan itu orang yang popular sahaja orang patut ambil jadi bagi saya THSS ini dah jadi penanda aras pertandingan yang memerlukan penyanyi yang mempunatyi kreativiti luar biasa,” katanya.
BERITA TRENDING: THSS: Aepul Roza Dinobat Juara, Bawa Pulang RM150,000! - "Saya Terkejut, Tak Pernah Menang Apa-Apa"
BERITA TRENDING: THSS: Raih Posisi Juara Minggu Ke-5, Aepul Roza Dedah Persembahan Terinspirasi Daripada Naim Daniel
BERITA TRENDING: THSS: Bawa ‘Cinta Hati’ Atas Pentas, Aepul Roza Raih Markah Tertinggi 90.83%! Jom Semak Markah Penuh Semua Peserta
BERITA TRENDING: THSS: Diberi Gelaran Peserta ‘Underdog’, Aepul Roza; "Saya Tak Anggap Negatif Tapi Itu Satu ..."
Bukan itu sahaja, Ayda turut sempat meluahkan rasa gembira dengan kemenangan Aepul Roza yang dilihat layak bergelar Juara.
“Dia (Aepul) layak untuk menang saya sangat gembira Aepul menang dan saya rasa semua peserta lain pun layak untuk menang,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Aepul dinobatkan sebagai juara dan sekali gus berjaya membawa pulang RM150,000, trofi dan paket pelayaran tajaan Kaki Jalan.
Sementara itu, kedudukan kedua pula disandang oleh Ayda Jebat. Naib juara membawa hadiah wang tunai RM20,000, pakej pelayaran dan trofi.
Stacy pula berada di kedudukan ketiga dengan hadiah wang tunai RM10,000, pakej pelayaran dan trofi.
Tempat keempat menjadi milik Aisha Retno. Aisha membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, pakej pelayaran dan trofi.
Manakala, Putera Muhammad pula menduduki tempat kelima dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, pakej pelayaran dan trofi.
Tempat keenam menjadi milik Zizi Kirana yang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, pakej pelayaran dan trofi.
Manakala, Anugerah Pilihan THSS Alha Alfa (RM10,000) pula terus didominasi oleh Stacy.
Sumber: HLive
Must-Watch Video