,
The Hardest Singing Show

THSS: "Saya Lihat Usahanya Sangat Kuat, Dia Layak Menang" - Isteri Aepul Roza

Gempak
15/07/2024
06:25 MYT
Isteri kepada juara The Hardest Singing Show (THSS) Aepul Roza, Leez Rosli mendedahkan minggu separuh akhir merupakan momen paling sukar bagi suaminya sepanjang pertandingan 10 minggu.
Jelas Leez, selain dicabar dengan merendam diri dalam ais dan bergelut dengan serangga, Epul turut tertekan dengan komen yang diterimanya.
"Saya rasa minggu paling stres bagi Aepul adalah minggu separuh akhir. Dia terpaksa merendam diri dalam ais batu dan meletakkan lipas di kepala, walaupun itu ideanya sendiri.
"Sebab kita tahu itu adalah diluar limitasi Aepul sendiri tapi bila dapat komentar juri, dia sedikit kecewa. Walaupun Aepul sudah berikan yang terbaik, minggu itu paling mengecewakan dan stres untuknya.
"Setiap minggu saya memberikan kata-kata semangat padanya. Tetapi ketika dia berada di tangga terbawah pada minggu separuh akhir dan kemudian berjaya ke final, saya berkata takpe, Alhamdulillah. Semuanya ini adalah rezeki. Apabila semua ini berlaku, saya rasa itu adalah penguat semangatnya untuk memberikan persembahan yang lebih baik pentas akhir nanti,” ujar Leez.

BERITA TRENDING: THSS: Ada ‘Wow Factor’, Mampu Naikkan Bulu Roma! Juri Ulas Kemenangan Aepul Roza

BERITA TRENDING: THSS: Aepul Roza Dinobat Juara, Bawa Pulang RM150,000! - "Saya Terkejut, Tak Pernah Menang Apa-Apa"

BERITA TRENDING: THSS: Main Drum Condong 90 Darjah, Aepul Roza Raih Markah 82.30%... Beza 1.49% Dengan Ayda Jebat! Semak Markah Penuh Semua Finalis

BERITA TRENDING: Rupanya Rina Nose Takut Lipas, Lepas Persembahan Aepul Tiba-Tiba Rasa Benda Merayap - “Ada Helaian Rambut Halus Di Leher”

Mengulas mengenai kemenangan Aepul di pentas THSS, Leez sama sekali tidak menyangka rezeki berpihak pada mereka.
"Alhamdulillah, kami tidak menyangka boleh menang. Saya sebagai isteri, saya melihat usaha Aepul setiap minggu memang sangat kuat. Jadi, pada malam ini, Alhamdulillah, dia memang layak untuk semua ini, termasuk pasukan yang bersamanya," kata Leez.
Aepul telah menumpaskan lima finalis lain dalam pertandingan realiti nyanyian berkonsepkan persembahan luar limitasi The Hardest Singing Show (THSS) dan membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000, trofi dan pakej pelayaran.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

TikToker Ali Abulaban Rasa Tidak Adil Dipenjara Seumur Hidup Kerana Tembak Isteri

gempak
07/09/2024
15:55 MYT
Bekas TikToker Ali Abulaban dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah menembak mati isteri dan rakan lelakinya hanya kerana menyangka mereka menjalinkan hubungan sulit.
Berita

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

gempak
07/09/2024
07:22 MYT
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Viral

Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

gempak
05/09/2024
11:20 MYT
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai hukum lelaki memasang implan atau ‘bearing’ yang diperbuat daripada besi pada bahagian kemaluan.
Hiburan

Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

gempak
05/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, As’ad Motawh sekali lagi menarik perhatian ramai susulan perkongsiannya di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.