,
The House 5

Telefon Bimbit Sarah Suhairi, Sissy Imann & Wani Kayrie Hilang?

Zulaikha Yusof
26/03/2019
09:33 MYT
Suasana di meja makan menjadi kecoh apabila telefon bimbit Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie hilang tanpa dikesan.
Menerusi episod kedua The House Musim Kelima ini, penonton boleh melihat cabaran yang perlu ditempuhi oleh tiga gadis ini bagi mendapatkan semula telefon bimbit mereka.
Dek kerana telefon bimbit, mereka dikehendaki untuk mencari tiga jenis sayuran di sebuah kebun. Agaknya sayur apakah yang perlu dicari? Mereka kenal ke bagaimana rupa sayur?
Dalam pada itu, episod kali ini turut menunjukkan sikap kerjasama antara Sarah, Sissy dan Wani dalam melakukan beberapa cabaran menarik.
Mereka menyelesaikan setiap cabaran dengan bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa mereka mampu melakukan yang terbaik.
Dengar cerita, tetamu jemputan pada minggu kedua ini bukan calang-calang orang. Beliau merupakan seorang penerbit pemuzik yang cukup dikenali iaitu Mohd Hezry Mohd Hafidz atau lebih dikenali sebagai AG Coco.
Apa tujuan AG Coco datang ke The House sehingga beliau sanggup datang dari Kuala Lumpur ke Kuantan? Semestinya AG Coco ada berkongsi tentang pengalamannya serta tips yang berguna kepada tiga bintang muda jelita ini.
Di penghujung program realiti digital bersiri ini, penonton berpeluang untuk mengenali diri Sarah Suhairi. Siapa yang berhasrat nak sunting Sarah, jangan lupa 'take note' ok!
Karakter sebenar Sarah, Sissy dan Wani dapat disaksikan dalam musim terbaru program realiti ini dan jangan lupa untuk menyaksikan keletah lucu mereka yang semestinya akan mencuit hati anda.
Kenali Sarah, Sissy dan Wani dengan lebih mendalam dan ikuti perjalanan persahabatan mereka dalam program realiti ini.
The House Musim Kelima turut diharumkan dengan kehadiran NIVEA sebagai penaja utama.
Apakah yang akan berlaku dalam episod ketiga The House Musim Kelima pada minggu hadapan?
Jangan lupa saksikan program The House Musim Kelima yang ditayangkan secara eksklusif menerusi portal digital Gempak iaitu www.thehouse.com.my pada setiap hari Selasa mulai 19 Mac 2019.
The House turut disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam bermula 27 Mac 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“You More Than Cantik Sayang” - Kamal Adli Back-Up Uqasha Bila Ada Orang Cakap Isterinya Berisi…

gempak
31/05/2022
11:50 MYT
Comel je
The House 5

“Dia Kena Layan Sha Macam Princess Everyday!” - Mampukah Kamal Adli Menyejukkan Hati Uqasha Senrose?

gempak
11/05/2022
09:44 MYT
Gaduh pun comel ke?
the-house

Drama, Lucu Atau Sweet? Ikuti Pengembaraan Bulan Madu Kamal Adli & Uqasha Senrose Dalam The House Musim Terbaharu!

gempak
27/04/2022
13:47 MYT
Sweetnya! Ada drama bergaduh tak?
The House 6

Ezurin Mahu Kahwin Lagi! Banyak Yang Pak Nil Tanya Dalam The House : Ezurin Khyra Bersama Pak Nil Malam Tadi

gempak
31/12/2020
06:53 MYT
Sudah tentunya banyak perkara baru yang anda ketahui daripada temubual eksklusif Ezurin bersama pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi itu.
The House 6

Rindu Mama E? Jangan Lupa Saksikan The House : Ezurin Khyra Bersama Pak Nil Malam Ini!

gempak
30/12/2020
06:50 MYT
Berita baik! Malam ini anda berpeluang menyaksikan temu bual eksklusif Ezurin bersama pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi.