Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Rasa Macam Penari Jahat, Lucu Bila Che Ta Malu Nak Turun Kereta - “Nak Look Cleopatra Tapi Dapat…”

Mya Amri
04/01/2024 05:55 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan mendapat perhatian netizen selepas muncul dengan busana ala Cleopatra di minggu ketiga program The Masked Singer Malaysia 3.

Di sebalik busana yang cantik, rupa-rupanya terdapat kisah lucu ketika Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta ini mahu turun dari kereta.

Kata Che Ta, dia berasa agak malu untuk keluar dari kereta dengan memakai busana seperti itu.

“Ramai yang tanya Che Ta, minggu ini tema apa. Anda semua rasa tema apa?

“Saya rasa macam tema penari yang jahat, kita rasa macam penari you all, malu nak turun ni,” ujarnya.

undefined
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen menyukai dan terhibur dengan gelagat Che Ta dalam video tersebut antaranya:

“Boleh lah tu, Che Ta tak pernah tak lawa. Suka tengok Che Ta dengan style tersendiri,”

“Lawanya nampak muda seperti umur belasan,”

“Letopnya Che Ta,”

BERITA TRENDING: [FOTO] “Letupan Mega!” - Che Ta Tetap Glamour! Sambut Hari Jadi Ke-50 Dengan Tema Old Is Gold

Minggu hadapan bakal menyaksikan 11 lagi maskot berentap dalam TMSMY4.

Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Roti John, Ikan Emas, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari, Biskut Aiskrim, Musang, Pom Pom Kin, Bawang Putih dan Abang Jagung.

Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.

Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.

TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

BERITA TRENDING: [VIDEO] “Bot 2 Jam, Kereta 40 Minit, Kena Jalan Kaki”- Dugaan Bercuti, Baju Kepuk-Kepuk Tetap Maintain, Che Ta Menang!

TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.

TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.

Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga. Tertakluk pada terma dan syarat.

WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.

#Che Ta #Rozita Che Wan #Busana #Cleopatra #The Masked Singer Malaysia #The Masked Singer Malaysia 4 #TMSMY4