The Masked Singer
Ella Nak Aina Abdul Gerak Solo, "Tak Perlu Nak Berduet Dengan Sesiapa ..."
Ratu Rock Ella Aminuddin tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk berduet dengan bekas protegenya, penyanyi Aina Abdul.
Walaubagaimanapun, kata Ella, 54, buat masa sekarang dia lebih selesa melihat anak didiknya mengumpul pengalaman tanpa berkolaborasi dengan sesiapa termasuk dirinya.
"Berkolaborasi satu idea yang bagus, tetapi buat masa ini, Aina tak perlu pun nak berduet dengan sesiapa. Biar bergerak sendiri dahulu.
Advertisement
"Saya masih belum puas nak dengar suaranya dan cara nyanyian tersendiri yang dianggap sangat menarik," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, pelantun lagu Sembilu turut meluahkan rasa gembira melihat pencapaian Aina yang bijak mengorak langkah untuk menambat hati peminat.
"Saya gembira sangat, saya tidur malam pun tak lena kerana tak sangka dia benar-benar dapat membuktikan dirinya sampai ke sini.
"Saya percaya, dia boleh. Allah anugerahkan dia suara yang merdu dan dia juga tidak buta dengan muzik.
"Dia pandai menarik perhatian, selain menggunakan suara dari segi fesyen dan solekannya. Saya bangga dengan pencapaiannya," katanya lagi.
Terbaru, Ella bakal muncul di program terbaharu Astro Warna, ‘The Masked Singer Malaysia’.
Ella bersama Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Nabila Huda, Remy Ishak, Zizan Razak, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak diberi penghormatan untuk menduduki kerusi juri tetap.
Manakala, Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.
Siapakah mereka di sebalik kostum ini? Mungkinkah mereka ini artis dan selebriti kegemaran anda?
Saksikan program yang bakal mencetuskan fenomena ini di Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) mulai 18 September 2020, setiap Jumaat, jam 9 malam!
Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Must-Watch Video