Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

The Masked Singer Malaysia: Produksi Ada 2 Hari Siapkan Set & Hiasan Pentas, "Waktu Agak Suntuk ..."

Zulaikha Yusof
02/11/2020 07:20 MYT
Pemilik nama Mohd Najib Mohd Amin merupakan orang kuat di sebalik hiasan cantik ketika persembahan peserta program The Masked Singer Malaysia.

Menurut Najib, pihak produksi hanya mempunyai masa selama dua hari untuk mencari dan menyiapkan prop setiap peserta memandangkan rakaman dibuat dua kali dalam seminggu.

"Dari segi penyediaan prop dan hiasan pentas, ia amat penting kerana rancangan ini tidak mempunyai tema lagu atau tema persembahan. Set dan hiasan pentas akan direka mengikut persembahan perserta tersebut.

"Memandangkan pergerakan peserta terbatas, set dan hiasan pentas ini akan membantu persembahan mereka lebih menarik. Rancangan ini dirakam dalam masa yang amat singkat.

"Dalam seminggu, kami harus merakam dua episod kecuali untuk episod separuh akhir dan akhir. Ini bermakna kami melakukan rakaman setiap hari Jumaat dan Ahad minggu yang sama.

"Penyediaan props akan bermula selepas hari Selasa setelah pihak produksi menjalankan perbincangan kandungan untuk setiap rancangan. Ini bermakna prop akan mula merangka dan mencari barang untuk dua episod persembahan.

"Waktu agak suntuk untuk penyediaan props untuk setiap minggu. Bayangkanlah untuk 12 peserta, bermakna 12 props dan hiasan pentas harus disediakan namun di tambah pula dengan episod hari Ahad ini bermakna props harus menambah 11 lagi props untuk minggu tersebut. Sejumlah 23 set props mengikut persembahan setiap minggu.

"The Masked Singer Malaysia juga terikat dengan MCO yang mana pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) hanya membenarkan kami melakukan rakaman sehingga jam 12 malam.

"Pihak produksi melakukan penggambaran seperti siaran langsung di mana waktu dan pertukaran set mengikut waktu peruntukkan tiga minit sahaja (waktu iklan). Dalam masa tiga minit unit prop harus menyiapkan set untuk setiap persembahan," jelasnya panjang lebar ketika dihubungi.



Tambah Najib, seramai 300 orang petugas sudah ditugaskan bagi menjaga Tatacara Operasi Standard (SOP) dan 'rahsia' program.

"Dalam The Masked Singer Malaysia seramai lebih 300 orang petugas untuk keseluruhan rancangan. Namun 300 petugas ini dibahagi kepada pelbagai bahagian.

"Antara bahagian yang paling penting adalah pengendalian peserta yang mana hanya beberapa orang sahaja yang tahu siapa peserta di sebalik topeng itu. Untuk unit produksi kami juga membahagikan tiga unit iaitu unit konsert, unit rakaman VT dan unit siaran kapsul," katanya lagi.

Minggu separuh akhir menyaksikan Bunga Raya mengungguli di tempat pertama.

Rafflesia pula terpaksa akur berada di kedudukan paling bawah sekaligus tersingkir pada minggu separuh akhir.

BACA: The Masked Singer Malaysia: Perjalanan Rafflesia Sudah Sampai Penghujung, Ini Markah Penuh & Kedudukan Minggu Separuh Akhir!

BACA: The Masked Singer Malaysia: Eina Azman Keluar Dari Zon Selesa


Siapakah di antara Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, Enggang dan Bunga Raya yang akan bergelar JUARA? Saksikan Pentas Akhir The Masked Singer Malaysia di saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) pada 6 November, Jumaat, jam 9 malam!

Program The Masked Singer Malaysia yang berlangsung dari Royal Theater Shah Alam ini dinilai 100% oleh juri-juri tetap Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah SINAR.

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

#Produksi #TMSM #300 #Hiasan #Prop