The Masked Singer
Remy Ishak Malu Depan Kamera
Pelakon kacak Remy Ishak berkongsi satu rahsia tentang dirinya yang tidak diketahui umum.
Menurut Remy, 38, dia sebenarnya seorang yang malu untuk beraksi di hadapan kamera walaupun sudah hampir 15 tahun berada di industri seni.
"Meh sini aku bagitahu korang 1 rahsia. Benda pelik yang aku sendiri pun tak faham pasal diri aku.
"Aku sebenarnya tak suka bergambar. Tak suka duduk depan lensa kamera. Ada rasa segan, malu.
"Sampai sekarang aku masih malu berdepan dengan kamera. Pelik bukan? Pelik tapi benar. Sumpah," kongsinya di Instagram (IG).
Walaubagaimanapun, pengakuan itu tidak dipercayai oleh aktor Kamal Adli namun ditegaskan oleh Remy.
"Tak payah nak menipu," tulis Kamal di ruang komen.
"Tak tipu Mal. Ini pengakuan jujur aku, terimalah kenyataan bahawa aku bukan kau.
"Kalau aku ni macam kau. Berani depan kamera, dah lama aku masuk Hero Remaja dan tapau kau dulu," balas pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan.
Terbaru, Remy bakal muncul di program terbaharu Astro Warna, ‘The Masked Singer Malaysia’.
Remy bersama Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Nabila Huda, Ella Aminuddin, Zizan Razak, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak diberi penghormatan untuk menduduki kerusi juri tetap.
Manakala, Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.
Siapakah mereka di sebalik kostum ini? Mungkinkah mereka ini artis dan selebriti kegemaran anda?
Saksikan program yang bakal mencetuskan fenomena ini di Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) mulai 18 September 2020, setiap Jumaat, jam 9 malam!
Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.