Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Teka-Teki Identiti Peserta 'The Masked Singer Malaysia' Mula Malam Ini

Zulaikha Yusof
18/09/2020 00:14 MYT
Debaran minggu pertama pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri, 'The Masked Singer Malaysia' yang menampilkan nama-nama hebat semakin terasa apabila bakal membuka tirai malam ini.

'The Masked Singer Malaysia' menampilkan 12 orang peserta dari pelbagai cabang seni.

BACA: Bawa 'Hallyu Wave', Astro Warna Saji 'The Masked Singer Malaysia’ Untuk Penonton

BACA: "Identiti Sebenar Dirahsiakan, Suara Bercakap Diubah ..." - Ini Antara Yang Perlu Diketahui Sebelum Tonton ‘The Masked Singer Malaysia'


Seramai sembilan orang figura yang hadir dari latar belakang berpengaruh dalam industri telah diberi penghormatan untuk menduduki kerusi juri tetap.

Mereka adalah Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Kesemua mereka bakal berentap selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara 'The Masked Singer Malaysia' musim pertama yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal.

Program 'The Masked Singer Malaysia' dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Elly Ariffin.

'The Masked Singer Malaysia' yang dibawakan oleh SK Magic dan Oppo selaku penaja utama itu bakal bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) bermula malam ini (18 September) setiap hari Jumaat, jam 9 malam.

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

BACA: "Bukan Gimik Hanya Sebahagian 'Teaser' ..." - Nabila Huda Beri Penjelasan Tentang Video Nangis Di Instagram

BACA: Siapa 12 Identiti Di Sebalik Kostum? Ini 8 Trivia Menarik Dalam ‘The Masked Singer Malaysia’
#The Masked Singer Malaysia #Hallyu Wave
;