Sekilas
- Sebuah video tular menunjukkan Thomas Chen marah seorang lelaki yang didakwa meninggalkan anak-anak bermain tanpa pengawasan di pusat membeli-belah.
- Thomas mengecam tindakan lelaki itu yang membiarkan anak-anak kecil kelaparan dan berisiko diculik tanpa ditemani sesiapa.
- Seorang wanita mendakwa lelaki dalam video tersebut adalah suaminya dan mendedahkan suaminya berlaku curang selepas video itu menjadi viral.
Tular sebuah video dari akaun Instagram bernama Thomas Chen sedang memarahi seorang lelaki yang didakwa meninggalkan anak-anak bermain di pusat membeli-belah tanpa pengawasan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Thomas meluahkan rasa berang terhadap sikap lelaki itu tidak bertanggungjawab membiarkan anak-anak yang masih kecil bermain sendirian tanpa ditemani.
“Bastard parents. Some more can say sekejap sahaja. Nah tunjuk muka korang kat semua orang Malaysia. Tinggalkan anak dua, tiga jam.
“Sampai staff pun cakap kat aku, ni org tak ada otak! Staff bangla pun cakap you tak ada otak tau? Anak menangis lapar. Bodoh! Minta kat orang lain sebab you tak ada.
“Anak kecil hampir keluar 2-3 kali sebab dah lapar nak cari mak ayah. Aku halang 2-3 kali dah. Nanti orang culik anak, hilang dah baru nak menangis dan minta tolong kan? Nilah jenis yang tak tau menghargai anak-anak sendiri,” katanya.
Bagaimanapun, tular di platform Threads paparan skrin perbualan seorang wanita yang mendakwa lelaki dalam video tersebut adalah suaminya.

Menurut wanita itu, dia menyedari suaminya berlaku curang terhadapnya selepas video tersebut menjadi tular di laman sosial.
“Terima kasih dah bagi viral itu suami saya jalan dengan perempuan lain. Sebab awak bagi viral itu saya tahu suami saya curang,” kata wanita itu.
Sehingga kini masih belum dapat kepastian dan kesahihan mengenai perkara itu.
Instagram - Thomas Chen8800