Skip to main content

Video Mark Wahlberg ‘Naik’ Perodua Kelisa, Lepak Tepi Kedai Muruku Di Pulau Pinang Buat Ramai Teruja - “‘Minat Dia Ni…”

Astro Gempak 585

Sekilas

  • Mark Wahlberg dilihat menjalani penggambaran filem Netflix terbaru, The Big Fix, di Georgetown, Pulau Pinang, yang turut menampilkan pelakon Riz Ahmed.
  • Video tular menunjukkan Wahlberg menggunakan kereta Perodua Kelisa, menarik perhatian netizen yang teruja melihat pelakon Hollywood itu di Malaysia.
  • Filem ini mengisahkan seorang pegawai Interpol yang menyiasat sindiket pengaturan perlawanan bola sepak antarabangsa dan turut membabitkan pelakon dari pelbagai negara termasuk Malaysia.
Advertisement

Bintang Hollywood, Mark Wahlberg mencuri perhatian ramai selepas tular video memaparkan pelakon itu sedang menjalani penggambaran sebuah filem di Georgetown, Pulau Pinang.

Menerusi video yang tular di media sosial, Wahlberg dilihat melakonkan babak berada di dalam sebuah Perodua Kelisa sebelum keluar daripada kenderaan tersebut ketika proses penggambaran berlangsung.

Advertisement

Kehadiran pelakon berusia 55 tahun itu mengundang keterujaan netizen, apatah lagi melihatnya menaiki kereta ikonik keluaran tempatan.

“Mark Wahlberg shooting dekat Penang sambil pekena nasi kandar.

“Mark Wahlberg tengah shooting filem Anak Mummy Kembali dekat Penang.

Advertisement

“Sheesh, minat betul dengan dia ni. Naik Kelisa wo,” antara komen netizen.

Difahamkan, Wahlberg berada di Malaysia bagi menjalani penggambaran filem terbaharu Netflix berjudul The Big Fix yang turut dibintangi pelakon British, Riz Ahmed.

Filem tersebut dilaporkan mengisahkan seorang pegawai Interpol yang mempunyai kaitan dengan FIFA sebelum membongkar sindiket mengatur perlawanan bola sepak di peringkat antarabangsa sehingga mencetuskan siasatan berisiko tinggi.

Produksi Netflix itu difahamkan menjalankan penggambaran utama di Sydney, Australia, dengan beberapa babak tambahan dirakam di beberapa negara termasuk Malaysia.

Selain Wahlberg dan Riz Ahmed, filem berkenaan turut menampilkan pelakon Singapura, Chin Han, pelakon India, Vipin Sharma serta pelakon wanita kelahiran Malaysia yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat, Nuha Jes Izman.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

Must Watch Video

Advertisement