Skip to main content

Budaya Popular

Foto Upacara Pembaptisan Tersebar, Adik Gigi Hadid Didakwa Tinggalkan Islam?

anwarhbefunky-collage.jpg
Advertisement
Adik kepada supermodel terkenal Gigi dan Bella Hadid, Anwar Hadid mengejutkan rata-rata peminat di seluruh dunia apabila foto mirip dirinya yang sedang menjalani upacara pembaptisan tersebar baru-baru ini.

Pembaptisan merupakan satu upacara yang dilakukan untuk menerima seseorang sebagai ahli Gereja Kristian.

Foto tersebut mula tersebar apabila paderi Lovy L. Elias memuatnaik foto Anwar yang sedang dibaptis olehnya menerusi sebuah entri di Instagram.

Lovy juga meletakkan tanda nama (tag) @anwarhadid di foto terbabit, Anwar juga mengikuti paderi itu di laman sosial terbabit.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The presence of the Holy Spirit was POWERFUL at last week’s baptism.

A post shared by Lovy L. Elias (@prophetlovy) on


Memetik laporan hype.my, rata-rata peminat Muslim berasa terkejut melihat perkara itu kerana sudah diketahui umum, keluarga Hadid sememangnya menganut agama Islam.

Ada juga peminat membuat spekulasi mengatakan Anwar berbuat demikian kerana sedang berhubungan dengan penyanyi pop popular, Dua Lipa.

Namun begitu, kesahihan berita tersebut masih belum dapat dipastikan memandangkan tiada sebarang kenyataan dibuat oleh Anwar sendiri setakat ini.

Sumber : hype.my
 

Must Watch Video

Advertisement