Skip to main content

Berita Tempatan

“Baru Bersalin, Anak 4 Tapi Body Macam Anak Dara”- Rebecca Nur Al-Islam Dipuji Cantik Ketika Majlis Akikah

rebeccaslim.jpg
Advertisement
Penampilan kurus dan cantik pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam ketika majlis akikah dan cukur jambul anaknya, Nor Ahmet Al- Reaggan mendapat perhatian.

Majlis akikah yang diadakan pada Sabtu itu berlansung dengan sangat meriah.

Menerusi foto-foto yang dikongsikan Rebecca di Instagram (IG)nya, dia sekeluarga sedondon mengenakan busana berwarna merah.

Rata- rata memuji bentuk badan yang menawan yang dimiliki Rebecca serta kagum kerana ia boleh kembali kurus dengan agak cepat selepas melahirkan Ahmet pada 18 Julai lalu.

“Baru bersalin, anak 4 tapi body macam anak dara.

“Cantik dan kurusnya.

“Body meletop!”
 komen beberapa pengikut IGnya

Becca dan suami mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 6, Nor Anggerik Renesmee, 5, dan Nor Aliff Al-Raffael, 2, serta seorang anak angkat, Nor Adam Daniel, 10.
 

Must Watch Video

Advertisement