Pelakon terkenal, Jasmin Hamid mendedahkan anaknya, Haziq MacQuistan kini sedang belajar berlakon bersama seniwati senior, Fauziah Nawi.
Perkara itu dikongsi Jasmin menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Menurut Jasmin, dia sudah lama menimba ilmu lakonan dari seniwati itu dan kini dia tiba masa untuk Haziq mengikut jejak langkahnya.
"Kalau nak jadi orang yang berilmu, kita kena berguru, sekarang tiba giliran anak saya pula timba ilmu dari guru saya, seniwati Hajjah Fauziah Nawi.
"Saya mahu anak saya jadi seorang pelakon yang cerdik dan berjaya sebagai anak seni, seorang pelakon versatile.
"Nak jadi artis senang sangat zaman sekarang ni tapi nak maintain jadi artis tu yang susah," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Jasmin turut menyatakan bahawa beberapa anugerah yang pernah dinobatkan kepadanya adalah hasil dari tunjuk ajar Fauziah dan dia tak akan melupakannya.
Jasmin mulai aktif di dunia lakonan sejak tahun 1990 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.