Sekilas
- Abby Abadi menegaskan dia tidak pernah membezakan kasih sayang terhadap anak-anaknya seperti yang didakwa.
- Dia menasihatkan orang ramai supaya tidak menilai kasih sayangnya berdasarkan perkongsian di media sosial.
- Abby menjelaskan ada sebab tertentu mengapa dia ada foto bersama anak-anak yang sudah dewasa, dan anak-anak yang lain mungkin sibuk sehingga kurang bergambar.
Pelakon dan penyanyi Abby Abadi menegaskan dia tidak pernah memberi kasih sayang yang berbeza kepada anak-anaknya seperti yang didakwa segelintir pihak.
Menerusi perkongsian di TikTok, Abby turut berpesan agar tidak menilai mengenai sayangnya terhadap anak-anak berdasarkan perkongsian di laman sosial.
“Anak-anak ini… tak pernah pun saya beza-bezakan. Kasih sayang pada setiap anak sama saja semua 🌹Janganlah menilai dari post yang dilihat.
“Kalau nak nilai dari post, anak-anak lagi jarang post gambar Mamanya… tapi dah memang macam tu caranya, kita enjoy saja,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, ahli kumpulan Elite ini juga memberitahu pasti ada sebab dia mempunyai foto bersama anak-anak yang sudah dewasa.
“Sekadar ingin memperbetulkan keadaan. Jangan memandai-mandai. Sebab anak-anak saya tak pernah dibezakan. Baik yang kecil, baik yang besar.
“Cuma kalau yang besar-besar, kalau ada bergambar, ada la sebabnya. Kalau tak bergambar… sibuklah mereka. Gitulah, seterus-terusnya,” katanya lagi.
Sumber - TikTok