Skip to main content

Hiburan

Dituduh Bersekedudukan Dengan Azlan Komeng, Nilam Ortiz Dedah Status Sebenar - “Hakikatnya, Kami Sudah Pun…”

Nilam Ortiz

Sekilas

  • Usahawan Nur Nilam Ortiz menjelaskan dia dan Azlan Komeng sudah rujuk dan berkahwin semula selepas bercerai pada Mac 2026.
  • Nilam menegur netizen yang membuat tuduhan tanpa menyemak fakta dan mengumpul bukti komen fitnah tersebut.
  • Dia sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap tuduhan yang boleh menjejaskan nama baiknya.
Advertisement

Perkongsian video usahawan sensasi Nur Nilam Ortiz di TikTok meraih perhatian netizen yang mempersoalkan statusnya dengan aktor Azlan Komeng. 

 

Advertisement

Menerusi ruang komen, beberapa netizen menegur tindakan Nilam dan Azlan bermesra seperti pasangan suami isteri sedangkan mereka sudah berpisah. 

Bagaimanapun Nilam tampil menegaskan mereka sudah rujuk kembali sebagai suami isteri dan meminta netizen untuk tidak menuduhnya tanpa menyemak fakta. 

 

“La tak tahu cerita terbaru agaknya mi… kak kalau nak bercakap pastikan tahu cerita terbaru jangan main hembus saja. Benda apa kau ni kak? Kami dah kahwin balik dah apa la pening sungguh kau ni,” balasnya. 

 

Dalam pada itu, Nilam turut memaklumkan dia sudah mengumpul bukti komen netizen yang memfitnahnya tanpa mengetahui keseluruhan cerita. 

 

“Saya dah simpan tangkap layar komen awak sebagai bukti. Awak hanya melihat satu video pendek, bukan keseluruhan cerita, tetapi terus melabel saya sebagai ‘liberalisasi’. 

 

“Awak sedar tak, itu bukan perkataan yang boleh digunakan sesuka hati? Itu satu tuduhan yang serius dan boleh menjejaskan nama baik seseorang. Saya sangat tegas dalam soal agama. 

 

“Saya tahu apa yang halal dan apa yang haram. Jangan sesekali bercakap seolah-olah awak lebih tahu tentang pegangan agama saya sedangkan awak langsung tidak mengetahui keadaan sebenar,” tegasnya. 

 

Nilam juga memberitahu dia kini dalam proses mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan yang dilemparkan. 

 

“Hakikatnya, kami sudah pun berkahwin semula sebagai suami isteri. Lain kali, semak fakta sebelum melabel dan menjatuhkan hukum kepada orang.

 

“Saya akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap tuduhan yang awak buat. Selepas ini, biarlah peguam yang menguruskan. 

 

“Semoga selepas ini awak lebih berhati-hati sebelum menulis sesuatu yang boleh memberi kesan kepada maruah dan nama baik orang lain,” katanya lagi. 

 

Untuk info, Nilam dan Azlan sah bercerai pada Mac 2026 selepas mendirikan rumah tangga selama kira-kira empat tahun.


Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement