Pengacara terkenal Awal Ashaari menafikan bahawa isterinya, Scha Al- Yahya kini sedang hamil.
Menerusi foto yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) miliknya, kelihatan dibahagian perut Scha kembung dan lebih besar dari biasa.
Awal dalam kapsyennya terus memberitahu bahagian perut Scha kembung kerana di dalam jaket yang dipakainya mempunyai beg.
“Maaf itu bukan baby bump ya...Dalam tu ada beg silang,” tulisnya.
Rata-rata terhibur dengan posting tersebut serta berpendapat Awal bertindak bijak apabila menjelaskannya terlebih dahulu sebelum disalah erti.
Bagaimanapun, terdapat netizen tetap berharap serta mendoakan pasangan itu dikurniakan cahaya mata kedua selepas Lara Alana,5.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan seorang anak.