Skip to main content

Trend Pasaran

Mata Ismail Izzani Bengkak Kerana Intai Kucing Mandi?

ismail-mata-header.jpg
Advertisement
"Ini sebab intai kucing mandi," ini jawapan Ismail Izzani berseloroh kepada HLive ketika ditanya punca matanya bengkak.

Baru-baru ini, penyanyi yang kini popular dengan lagu Luar Biasa itu memuat naik keadaan matanya yang terkena jangkitan membran.

Baca: Kasihannya! Ismail Izzani Kena Jangkitan Kuman Pada Membran Mata

Menjelaskan situasi itu lebih lanjut, kata Ismail, jangkitan itu disebabkan tonsil dari bahagian tekaknya.

"Jangkitan ini berpunca daripada tonsil dalam tekak saya sebelum ini.

"Doktor cakap kalau sudah kena tonsil, ia akan merebak ke bahagian lain seperti mata dan hidung," katanya.

Bagaimanapun, Ismail telah menjalani rawatan untuk membuang jangkitan pada membran matanya baru-baru ini dan mengambil masa lebih kurang tiga hari untuk pulih.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).  

Must Watch Video

Advertisement