Pelakon Abby Abadi mendedahkan dia akan kembali menjalani sessi penggambaran untuk drama bersiri popular Gerak Khas bermula esok.
Abby berkongsi berita gembira itu menerusi entri di akaun Instagramnya pada hari ini.
Menurut Abby, dia akan berusaha menurunkan berat badannya untuk kelihatan lebih langsing demi menjayakan semula watak ikonik Inspektor Aleeza yang pernah dilakonkannya beberapa tahun yang lalu.
"Ya, esok saya akan mula shooting, satu-satunya polis gemuk yang diterima dalam TV.
"Saya sedang berusaha ni, doakan saya kurus dua atau tiga bulan dari sekarang, amin.
"Uniform dah tempah, kasut saya dah beli awal, yang takda sekarang tudung polis saja," tulisnya sebagai kapsyen.
Disember lalu, Abby telah mengesahkan yang dia akan kembali muncul dalam drama bersiri itu dan membuatkan peminatnya tidak sabar menantikan 'come back' tersebut.