Penyanyi yang sedang meningkat naik, Afieq Shazwan yang terlibat dengan kemalangan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) 8.50 malam semalam bersyukur semuanya selamat.
Ketika itu, Afieq yang memandu kenderaan jenis Proton Saga ada bersama adik dan anak saudaranya menuju ke kediamannya yang terletak di Klang.
"Alhamdulillah, biarpun kemalangan, saya bersyukur hanya kereta saya sahaja yang rosak dan kami tidak tercedera. Sebenarnya, saya dalam perjalanan dari Pulau Pinang untuk kembali ke rumah di Klang.
"Apabila melalui kawasan Damansara, jalan terbabit agak licin akibat hujan dan menuruni bukit. Dari awal lagi saya sudah menekan brek tetapi perkara lain pula yang terjadi, kereta saya meluncur ke bawah dan melanggar kenderaan lain.
"Kenderaan yang saya langgar itu tidak mengalami kerosakan teruk, hanya kereta saya sahaja. Apa yang penting, semua selamat," katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah Afieq, dia tidak memikirkan perkara lain selain nyawa dua penumpang yang dibawa olehnya.
"Sejujurnya, saya hanya pentingkan keselamatan dua ahli keluarga yang turut berada dalam kereta. Saya hanya memikirkan nyawa adik dan anak saudara saya. Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja.
"Buat masa ini, kereta di hantar di bengkel dan mengambil masa dua bulan untuk dibaiki. Saya tak kisah asalkan nyawa kami tidak terkorban," katanya lagi.