Skip to main content

Selebriti

5 Tahun Anggap Diri Lemah, Ini Punca Puteri Sarah Kembali Bangkit - “Dulu Saya Tak Sedar Dengan…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Pelakon Puteri Sarah pernah meragui kekuatan diri ketika melalui fasa paling sukar dalam hidupnya.
  • Dia berkongsi bahawa menjadi kuat setiap hari sangat penat dan ada kalanya air mata jatuh tanpa sesiapa tahu.
  • Dua cahaya matanya menjadi sumber kekuatan utama yang membantunya bangkit selepas lima tahun menghadapi ujian.
Advertisement

Pelakon Puteri Sarah mengakui dia pernah meragui kekuatan diri sendiri ketika melalui fasa paling sukar dalam hidupnya suatu ketika dahulu.


Menerusi video yang dimuat naik di Threads, Sarah dilihat tidak dapat menahan sebak apabila ditanya mengenai perkara yang membuatkannya terus kuat dan bertahan sehingga hari ini.

Advertisement

 

“Dulu saya tak sedar dengan kekuatan saya dan saya ingatkan diri saya ini lemah dan tak boleh melakukan apa-apa.
 

“Tetapi bila kita dah dilanda ujian, baru kita tahu yang kita sebenarnya mampu kerana kita terpaksa paksa diri sampai ke tahap maksimum.

 

“Tak semua orang tahu betapa penatnya menjadi kuat setiap hari. Ada waktu hati terlalu lelah, dunia terasa berat, dan air mata jatuh diam-diam tanpa sesiapa nampak,” katanya.

 

Menurut Sarah lagi, dua cahaya matanya menjadi sebab utama dirinya bangkit semula selepas melalui tempoh yang penuh dengan ujian dan dugaan.

 

“Saya dah bertahan selama lima tahun dan saya lemah. Tetapi selepas lima tahun, saya bangkit semula sebab saya ada dua orang anak. Mereka adalah sumber kekuatan saya.

 

“Setiap kali melihat mereka, ada satu kekuatan yang hadir semula dalam diri.

 

“Kekuatan seorang ibu lahir daripada pelukan kecil dan senyuman anak yang tidak pernah tahu betapa mereka sebenarnya sedang menyelamatkan hati ibunya,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement