Skip to main content

Selebriti

Jasmin Hamid Terkilan Filem Kerambit Dipandang Rendah - “Ada Suara Ghaib Cakap Susah Nak Jual Sebab Pelakon Tua & Nama Tak Kuat…”

Jasmin Hamid Terkilan Filem Kerambit Dipandang Rendah - “Ada Suara Ghaib Cakap Susah Nak Jual Sebab Pelakon Tua & Nama Tak Kuat…”

Sekilas

  • Jasmin Hamid kecewa dengan pandangan negatif terhadap filem Kerambit yang dianggap kurang menarik kerana dibarisi pelakon senior tanpa nama besar.
  • Beliau menegaskan bahawa bakat, pengalaman, dan jalan cerita yang kuat lebih penting daripada usia atau populariti pelakon dalam menentukan kejayaan filem.
  • Filem Kerambit yang turut dibintangi pelakon seperti Eizlan Yusof dan Fauziah Nawi akan ditayangkan di pawagam mulai 31 Disember ini.
Advertisement

Pelakon, Jasmin Hamid meluahkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir pihak yang memandang rendah filem Kerambit hanya kerana dibarisi pelakon senior dan tidak mempunyai nama besar untuk menarik perhatian penonton.

Menerusi hantaran terbaharu di Threads, Jasmin berkata tanggapan bahawa sesebuah filem hanya mampu mencatat kejayaan sekiranya menampilkan pelakon muda atau popular adalah sesuatu yang mengecewakan.

Jelasnya, pelakon berpengalaman juga masih mempunyai tempat dalam industri seni dan tidak sepatutnya diketepikan hanya disebabkan faktor usia.

Advertisement

“Terasa hati juga bila ada suara-suara ghaib yang cakap filem Kerambit saya susah nak jual sebab pelakon tua dan nama tak kuat untuk tarik penonton.

“Penonton nak pelakon Gen Z katanya, baru boleh laris. Habis tu kami yang di gelar pelakon tua ni, takkan kena menunggu hari mati je,” luahnya.

Dalam hantaran yang sama, Jasmin juga mengingatkan bahawa kejayaan sesebuah karya tidak seharusnya dinilai berdasarkan populariti atau usia barisan pelakonnya semata-mata.

Advertisement

Sebaliknya, bakat, pengalaman dan kekuatan jalan cerita juga merupakan antara elemen penting yang boleh menentukan penerimaan sesebuah filem.

“Lupa ke rezeki kan dari Allah? Betul ke awak semua cuma suka tengok pelakon muda dan popular sahaja?

“Dia orang tu semua ada payung besar, kami ni payung kertas je,” coretnya.

Selain Jasmin, antara pelakon yang membintangi Kerambit adalah Eizlan Yusof, Nazeera Sardi, Dazrin Kamarudin, Shah Iskandar, Kodi Rasheed, Zaidi Omar, Fauziah Nawi.

Kerambit bakal menemui penonton di pawagam pada 31 Disember depan.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement