Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pendaki Alami Sejuk Melampau Di Gunung Kinabalu, Diusung 8.5KM Untuk Rawatan

Gempak
25/06/2024 04:22 MYT
Seorang pendaki Gunung Kinabalu yang mengalami gejala kesejukan melampau terpaksa diusung sejauh 8.5 kilometer ke Pondok Timpohon, Kundasang bagi mendapatkan rawatan pada Isnin.

Simptom muntah-muntah

Lelaki berusia 34 tahun itu dibawa turun oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) dari Panalaban selepas turut mengalami simptom muntah-muntah.

BERITA TRENDING: Tanah Runtuh Di Kawasan Gunung Kinabalu, Tiada Mangsa Dicatatkan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Talib berkata, Pasukan Bomba Bantuan (PBB) MOSAR menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.55 petang.

"Laporan kecemasan itu melibatkan seorang pendaki lelaki mengalami gejala kesejukan melampau dan muntah-muntah.

"Pasukan MOSAR bertindak memberikan rawatan awal dan seterusnya membawa mangsa turun ke Pondok Timpohon menggunakan 'robertson strecher'," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

BERITA TRENDING: Muat Naik Gambar Di Gunung Kinabalu, Instagram Lee Min Ki Dibanjiri Komen Peminat Tempatan

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Operasi ditamatkan pada jam 9.20 malam selepas mangsa diserahkan kepada ambulans untuk dibawa ke hospital," katanya.


Sebelum itu, mangsa difahamkan telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada hari yang sama sebelum berhasrat untuk turun selepas misinya selesai.

BERITA TRENDING: Bukan Biasa-Biasa, Lepas Jadi Bomba Kini Hawa Rizwana Tawan Gunung Kinabalu

BERITA TRENDING: Mencabarnya Hatta Dolmat Nak Siapkan NatCos Gunung Kinabalu Miss Universe Malaysia! - "Asalnya Nak Guna Kulit Kayu Asli Tapi ..."

Sumber: Sinar Harian
#Sabah #Gunung Kinabalu #Sejuk #Pendaki #Rawatan #gunung #Ranau
;