,
Hiburan

Aktor Terkenal India Ditangkap, Disyaki Dera Peminat Sampai Mati Kerana Komen Di Media Sosial

Maliah Surip
14/06/2024
14:55 MYT
Seorang aktor yang cukup terkenal dalam dunia perfileman Bengaluru, Kannada, Darshan Thoogudeepa mengejutkan masyarakat dan peminat apabila ditahan pihak polis kerana disyaki dengan kematian seorang peminat lelakinya.
Darshan ditahan bersama seorang wanita iaitu Pavithra Gowda serta 11 rakan subahat lain selepas mayat tidak sempurna lelaki yang dikenali sebagai Renuka Swamy ditemui oleh seorang penghantar makanan berada di dalam saliran air di kawasan Kamakshipalya.
Menerusi laporan media tempatan, Darshan yang juga terkenal dengan jolokan Challenging Star didakwa melakukan jenayah tersebut selepas Pavithra sakit hati dengan komen yang ditinggalkan Renuka di media sosial.

Orang ketiga

Renuka, 33, yang diketahui merupakan peminat Darshan meninggalkan komen pada foto yang dimuat naik Pavithra dengan dakwaan wanita tersebut sebagai orang ketiga dan menjadi punca keretakan rumah tangga bintang pujaannya itu bersama isteri.
Berang dengan dakwaan tersebut, Pavithra didakwa menghasut Darshan untuk mencari Renuka sebelum dibelasah beramai-ramai oleh aktor tersebut dan rakannya.

“Darshan telah meminta bantuan kelab peminatnya untuk menjejak Renuka.

“Pelakon itu dipercayai membelasah lelaki yang bekerja di sebuah farmasi itu dengan tali pinggang sehingga pengsan, memukul dengan kayu dan menghantuknya ke dinding. “Renuka juga mengalami banyak kecederaan pada seluruh tubuh kerana dipercayai dipukul dengan teruk oleh kumpulan Darshan.
“Pelakon itu ditahan dan dalam siasatan pihak berkuasa selepas mayat Renuka ditemui dan beberapa bukti termasuk rakaman CCTV yang menjurus ke arahnya,” ujar pihak berkuasa seperti dilaporkan thehindu.com.
Nama Darshan mula menjadi bualan selepas penampilan pertama dalam filem Majestic pada tahun 2022 dan terus mencipta populariti menerusi naskhah seperti Kariya, Krantiveera Sangolli Rayanna, Gaja dan Navagraha.

BERITA TRENDING: Plot Twist! Tuduh Bekas Suami, Areum Ditahan Dera, Beri Anak Dadah

BERITA TRENDING: Brad Pitt Didakwa Sudah Lama Dera Angelina Jolie

BERITA TRENDING: Dah Anggap Macam Keluarga, Instafamous Tak Sangka Anak Didera Pengasuh

BERITA TRENDING: Rekod Perubatan Isteri Pertama Tersebar, Alif Teega Didakwa Dera Aisyah Hijanah?

BERITA TRENDING: Isu Kanak-Kanak Didera Kekasih Ibu, Elisya Sandha Harap Suspek Diberkas - “Kau Memang Jantan Tak Guna! Dera Anak Orang!”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Habis GV9 Saya Balik Ke Singapura..." - Hazrul Nizam Lancar Lagu Rawan Selepas 21 Tahun Tanpa Lagu Solo

gempak
22/10/2024
15:55 MYT
Penyanyi Hazrul Nizam mengambil keputusan tampil dengan single baharu selepas kali terakhir membawakan lagu Kaulah Segalanya kira-kira 21 tahun lalu.
Viral

Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."

gempak
22/10/2024
12:30 MYT
Seorang usahawan penkek mencuri perhatian warganet menerusi bakat terpendamnya menghasilkan sebiji penkek berwajah pelakon kacak Fattah Amin.
Hiburan

Tiga Kali Janda, Britney Spears Umum Kahwin Diri Sendiri

gempak
22/10/2024
05:50 MYT
Bintang sensasi Hollywood, Britney Spears mengejutkan peminat dan pengguna media sosial menerusi perkongsian terkininya.
Viral

Jaguh Badminton Taufik Hidayat Dilantik Timbalan Menteri Belia & Sukan Indonesia

gempak
22/10/2024
05:30 MYT
Bekas jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat dilantik menjadi Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia atau Timbalan Menteri Belia dan Sukan di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.
Viral

Enam Tahun Berkahwin, Aisyah Hijanah Kongsi Tips Bermadu - “Memang Susah…”

gempak
21/10/2024
04:25 MYT
Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah berkongsi caranya menguruskan diri apabila suaminya, Alif Teega tiada di rumah.
BorakSeeni