,
Hiburan

AR Rahman Tak Bersendirian, Ini Barisan Penyanyi Undangan Yang Akan Bersama-Sama Di Stadium Nasional Bukit Jalil 27 Julai Nanti!

Amri Hassan
26/06/2024
09:50 MYT
Legenda muzik AR Rahman tidak akan bersendirian kerana beliau akan ditemani dengan barisan penyanyi terkenal sempena AR Rahman Live In KL Pada 27 Julai nanti.
Konsert yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu bakal menyajikan persembahan luar biasa daripada penyanyi-penyanyi undangan berbakat besar, yang dipilih berdasarkan bakat dan tenaga luar biasa di pentas.

BERITA TRENDING: Kuasa Di Hujung Jari Korang, Peminat Boleh Undi 40 Track Lagu Untuk AR Rahman Live In KL!

BERITA TRENDING: #GempakWrapped2023: Shah Rukh Khan Rajai Takhta, Level Antarabangsa Deepika Padukone, Fenomena AR Rahman & Munbe Vaa!

BERITA TRENDING: [VIDEO] “Satu Lagu Je Terus Trending!” - Salute! Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil, Dapat 60,000 Standing Ovation Di Konsert A.R Rahman

BERITA TRENDING: [VIDEO] "Sebutan Tepat, Rasa Terharu & Bangga” - Raja Ilya Menangis Dengar Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil

Mereka ialah Mano, Srinivas, Shweta Mohan, Shaktishre Gopalan, Blaaze, Sri Rascol dan Aaryan Dinesh Kanagaratnam.

MANO

Penyanyi playback India yang telah merakamkan lebih 35,000 buah lagu dalam pelbagai bahasa dan mengadakan lebih 3,000 buah konsert seluruh dunia.
Selain kepakaran muziknya, Mano juga diiktiraf atas sumbangannya sebagai artis alih suara untuk filem Telugu yang dibintangi oleh Rajinikanth.
Sebagai pengiktirafan atas pencapaiannya yang cemerlang, Mano dianugerahkan doktor kehormat pada tahun 2023.

SRINIVAS

Beliau telah merakam lebih 3,000 lagu dalam pelbagai bahasa. Antara hits popularnya ialah "Manna Madurai" dari Minsaara Kanavu dan "En Uyire" dari Uyire.
Dikenali menerusi penyampaiannya yang beremosi dan interpretasi muzik yang mendalam.

SHWETA MOHAN

Antara penyanyi playback yang terkenal dan pernah meraih empat Anugerah Filmfare South. Beliau telah merakam lebih 800 lagu dalam bahasa-bahasa Selatan India. Terlatih dalam muzik Carnatic sejak usia muda, beliau memulakan kerjayanya pada usia 9 tahun, menyertai korus kanak-kanak untuk lagu-lagu A.R. Rahman 'Kuchi Kuchi Rakkamma' (Bombay) dan 'Accham Accham Illai' (Indira).
Sepanjang kerjayanya, Shweta telah menunjukkan bakat dan versatiliti dalam bidang muzik serta menghasilkan banyak lagu hit. Lagu solo Tamil pertamanya adalah dalam filem 'Three Roses.'
Dikenali dengan gaya nyanyiannya yang bersemangat, Shweta telah bekerjasama dengan pengarah muzik terkenal, mengukuhkan kedudukannya sebagai figura utama dalam industri muzik India.

SHAKTHISREE GOPALAN

Kerap bekerjasama dengan A.R. Rahman, beliau kerap menyumbang suara kepada beberapa lagu terkenal, termasuk projek terbaru mereka "Aga Naga" untuk filem Ponniyin Selvan.
Dikenali dengan kepelbagaian vokalnya, Shakthisree mula dikenali dengan nyanyiannya dalam lagu "Nenjukkulle" dari filem Kadal.
Beliau kekal sebagai figura terkenal dalam litar muzik indie, menunjukkan bakatnya dalam pelbagai genre seperti Pop, R'n'B, trip-hop, dan jazz.

BLAAZE

Penyanyi playback dan rapper India yang mengkhusus dalam muzik rap, Blaaze telah menyumbang kepada banyak lagu hits termasuk "The Boss" dan "Style" untuk Sivaji: The Boss.
Beliau juga diiktiraf untuk liriknya yang berkaitan dengan isu sosial dan karyanya dalam lagu rasmi UN mengenai penghapusan kemiskinan, "Pray For Me, Brother."

SRI RASCOL

Rapper Tamil terkemuka dari Malaysia, Sri Rascol dikenali dengan kemahiran rap dan kepakaran teknikalnya. Beliau mendapat pengiktirafan menerusi lagu hit "Showkali" dari Acham Yenbathu Madamaiyada, yang digubah oleh A.R. Rahman.

AARYAN DINESH KANAGARATNAM (ADK)

Antara artis R&B dan hip-hop Sri Lanka yang popular, ADK dikenali dengan kolaborasinya dalam sinema Tamil dan gaya rapnya yang tersendiri. Beliau telah bekerjasama dalam lagu-lagu popular seperti "Athichudi," "Magudi Magudi," dan "Thalli Pogathey."
Selain barisan penyanyi tersebut, akan ada banyak lagi kejutan yang bakal menanti peminat kali ini.
AR Rahman sendiri, akan mempersembahkan lagu hits ikoniknya bersama komposisi baru, dengan fokus utama pada lagu-lagu hits Tamil.
Dianjurkan oleh Star Planet, dapatkan tiket anda sekarang! Tiket berharga dari RM98 ke atas. Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari www.starplanet.com.my
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Budak Genius Masuk UM Pada Usia 12 Tahun

gempak
28/09/2024
16:00 MYT
Seorang kanak-kanak mencatat sejarah apabila menjadi pelajar termuda pernah mendaftar masuk ke Universiti Malaya sejak penubuhannya pada tahun 1962.
Hiburan

Selepas Australia Dan Indonesia, The Weekend Ke Malaysia?

gempak
28/09/2024
05:55 MYT
Dengan tamatnya konsert berkenaan, adakah selepas ini The Weekend bakal meneruskan siri jelajah konsert itu ke Asia?
Berita

“Saya Mahu Wujudkan Versi Tamil” - Sam Lim Luah Hasrat Mahu Variasikan Konten TikTok

gempak
27/09/2024
13:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Sam Lim mempunyai perancangan untuk mewujudkan content creator berbahasa Tamil.
Hiburan

Awie Dedah Pernah Ada Karakteristik Lembut Masa Zaman Sekolah - "Saya Suka Menari, Gimnastik Pun Dulu Saya Wakil Sekolah"

gempak
27/09/2024
12:55 MYT
Penyanyi rock lagenda tanah air, Datuk Awie baru-baru ini berkongsi kisah lucu berkaitan dirinya yang disifatkan sebagai seorang yang 'lembut' semasa zaman sekolah.
Hiburan

“Fasa Rakam Lagu Sudah Tamat”- Exists Hanya Mahu Beri Fokus Pada Konsert Untuk Peminat

gempak
27/09/2024
11:55 MYT
Kumpulan Exists mendedahkan mereka berkemungkinan tidak lagi merakamkan lagu baharu untuk peminat mereka.
BorakSeeni