Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Boss Ned Masuk ICU, Nora Danish Beri Kata-Kata Semangat

Gempak
24/06/2024 12:40 MYT
Pelakon Nora Danish mengucapkan kata-kata semangat buat bekas suaminya, Nedim Nazri yang kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di ibu kota.

Boss Ned masuk ICU

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Nora mendoakan supaya Nedim terus kuat untuk berdepan dengan masalah kesihatan yang dialami.

"Terus kuat 'daddy'," tulis Nora.

Menerusi perkongsian berkenaan, Nedim dilihat sedang terbaring atas katil di hospital.

Memetik Harian Metro, Nedim atau nama sebenarnya Mohamed Nedim Mohamed Nazri memaklumkan dia dimasukkan ke ICU di sebuah hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tiada Yang Berubah, Cuma Dia Bukan Milik Ku Dalam Islam" - Nedim

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish Nafi Masalah Kewangan Jadi Punca Cerai - “Untuk Capai Tahap Keredaan & Datang Bersama Ke Mahkamah Bukanlah Mudah”

ARTIKEL BERKAITAN: 7 Tahun Bersama, Nora Danish Sah Bercerai Dengan Nedim Nazri - “Harap Tiada Teori Tentang Perpisahan Kami”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Tinggal Sebumbung, Nora Danish Akui Rumah Tangga Bergolak

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha & Nora Danish Berbaik Tanpa Paksaan Sesiapa - “Ia Berlaku Secara Natural”

Namun, dia tidak menyatakan apa masalah kesihatannya itu hingga terpaksa dirawat di ICU.

"Sudah berumur 41 tahun dan saya kini dalam hospital, ICU," katanya.

Hubungan baik pasangan yang baru sah bercerai minggu lalu itu ternyata menuai sorotan positif daripada netizen.

Nora dan Nedim dipuji kerana masih berbaik dan akrab meski sudah tidak suami isteri.

"Baiknya Nora, bekas suami sakit pun dia sempat pergi melawat. Memang profesional," antara komen netizen.

Terdahulu, Nora dan Nedim bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Berita itu menyusul selepas sekitar hujung April lalu, Nora membuka mulut mengenai rumah tangga mereka memang sudah bergolak. Namun mereka tetap berbaik demi anak-anak.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.

Sumber: Harian Metro

#Nora Danish #Masuk Hospital #Boss Ned
;