,
Hiburan

Produksi Paku Tanah Jawa 'Diganggu' Ketika Shooting Dalam Hutan Yogyakarta! - "Ada Babak-Babak Ritual Dilakonkan..."

Amri Hassan
20/06/2024
11:51 MYT
Gunung Tidar yang terletak di bahagian selatan Kota Magelang, Jawa Tengah secara umumnya cukup terkenal dengan ‘paku’ Tanah Jawa.
Biarpun ketinggiannya sekadar 503 meter dan tidak setinggi gunung-gunung lain di kepulauan Jawa, namun ia mempunyai keunikan tersendiri serta beberapa kisah misteri.

BERITA TRENDING: "Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique

BERITA TRENDING: “Menggigil, Pucat, Tekak Bengkak…”- Hasif Upin Kongsi Pengalaman Rakam Lagu Dengan Ziana Zain

BERITA TRENDING: Pernah Terjumpa Benda Mistik, Wawa Zainal Kongsi Ada Percubaan Runtuhkan Rumah Tangga?

BERITA TRENDING: "Kulit Ustaz Kazim Keluar Darah" - Mawi Dedah Kisah Mistik Penggambaran Zim Zim Ala Kazim

Oleh yang demikian, ia telah memberi ilham kepada syarikat Armani Entertainment Sdn Bhd untuk menghasilkan sebuah filem yang diberi nama Paku Tanah Jawa.
Penerbit Eksekutif, Datuk KK Chua berkata, idea untuk menerbitkan filem tersebut timbul setelah mengetahui kisah-kisah misteri dalam kalangan masyarakat yang menghuni di kawasan Gunung Tidar.
“Saya tertarik dengan kisah urban legend yang diceritakan sehingga ia memberi inspirasi buat saya untuk menerbitkan sebuah naskhah seram.
“Apa yang menariknya, ia bukan sekadar filem mistik semata-mata, malah turut mengangkat budaya Sinden dan Sugihan,” ujarnya.

Gadis dipandang serong

Paku Tanah Jawa diangkat daripada salah satu kisah mengenai seorang gadis yang dipandang serong masyarakat setempat.
Ia berpunca daripada ibu gadis tersebut yang dikatakan telah mengorbankan ramai lelaki demi memenuhi syarat ritual sebuah ajaran sesat yang dianutinya.
Filem arahan Bambang Drias dan Dato KK Chua itu dibintangi barisan pelakon popular seperti Masayu Anastasia, Gisellma Firmansyah, MK K-Clique, Hasif Upin dan Wafda Saifan Lubis.
Dalam pada itu, Datuk KK Chua memberitahu filem tersebut juga cukup istimewa apabila membabitkan gandingan kerjasama dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.
“Jadi, untuk barisan pelakon pula, kami telah memilih pelakon kedua-dua negara yang cukup popular dan ia adalah antara tarikan dalam filem ini,” jelasnya.
Mengenai proses pembikinannya pula, penggambaran bermula pada Mei 2023 dan berlangsung selama 14 hari di kawasan hutan yang terletak di Kota Jogjakarta.
“Kalau ditanya tentang gangguan pula, sudah tentu ada unsur-unsur mistik yang berlaku. Namun, penggambaran tetap berjalan seperti biasa.
“Lagipun, ada babak-babak ritual yang dilakonkan, tambahan pula kebanyakan penggambaran dilakukan di dalam hutan,” tambahnya.

Kutipan RM6.45 juta di Indonesia

Pada masa sama, Dato KK Chua juga cukup optimis filem Paku Tanah Jawa akan mendapat sambutan baik penonton di Malaysia. Di Indonesia, tayangang filem Paku Tanah Jawa sudah mencecah 430 ribu penonton atau sebanyak RM6.45 juta kutipan box office.
“Selain genre seram antara yang menjadi kegemaran penonton, saya percaya penonton akan tertarik dengan jalan cerita yang dipaparkan,” ujarnya.
Filem Paku Tanah Jawa akan mula menemui penonton apabila ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 27 JUN 2024.

SINOPSIS Paku Tanah Jawa

PAKU TANAH JAWA mengisahkan tentang seorang gadis, Ningrum yang selalu dipandang negatif oleh masyarakat di kampungnya. Semuanya berpunca daripada ibunya sendiri iaitu Handini, seorang penyanyi dan primadona kampung yang dikatakan melakukan amalan ritual sehingga mengorbankan ramai lelaki. Korban berkenaan dilakukan Handini sebagai syarat utama yang ditetapkan oleh ketua ajaran sesat, Kanjeng Semanu untuk dia terus kelihatan cantik dan digilai ramai. Bagaimanapun, kehidupan Ningrun mula tidak tenteram apabila jejaka yang dicintainya dalam diam, Jalu bakal menjadi korban terbaharu ibunya itu.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pengakuan Keluarga Buat Andre Taulany Gagal Cerai Isteri Lepas 18 Tahun Kahwin

gempak
26/09/2024
14:55 MYT
Pelaku seni dan hos Andre Taulany diketahui telah memfailkan perceraian terhadap isteri, Rien Wartia atau Erin beberapa bulan lalu selepas 18 tahun berkahwin.
Hiburan

Bernadya Selamatkan Nyawa Content Creator Malaysia Menerusi Lagu

gempak
26/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi asal Indonesia yang kini cukup popular dalam kalangan pendengar generasi muda, Bernadya mendedahkan ada dalam kalangan peminat mengaku membatalkan niat melakukan perkara buruk terhadap diri sendiri selepas mendengar karya-karyanya.
Hiburan

Dikritik Hasilkan Lagu Berdialek Kelantan, Aisha Retno Kekal Tenang, - “Ramai Yang Tak Tahu Sebenarnya Bapa…”

gempak
26/09/2024
06:55 MYT
Penyanyi dan komposer, Aisha Retno akui timbul sedikit kontroversi sejak dia melancarkan lagu terbaharunya iaitu Samudera.
Berita

Lebih Tua Daripada Bapa Mentua, Lelaki Kahwini Wanita Beza Umur 30 Tahun Tarik Perhatian Netizen

gempak
26/09/2024
02:25 MYT
Seorang lelaki berusia 59 tahun melangsungkan perkahwinan dengan gadis berumur 26 tahun, sekali gus menjadi perhatian pengguna media sosial, lapor laman berita Tribunnews.
Filem

Trailer Baru Keluar Tapi Ramai Yang Dah Tak Sabar Nak Tonton Filem Don Dukun – “Zul Ariffin Dengan Ropie, Mesti Berdekah Ni”

gempak
25/09/2024
13:55 MYT
Biarpun trailer baharu saja dikeluarkan, rata-rata pencinta filem tempatan seakan tidak sabar untuk menantikan filem komedi paling pecah perut tahun ini, Don Dukun.
BorakSeeni