Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bapa Hadiahkan Anak Lelaki RM778,393 Lepas 3 Dekad Terpisah!

Gempak
24/06/2024 12:55 MYT
Siapa sangka, anak lelaki yang disangka telah meninggal dunia selepas dilahirkan didapati hidup dan sihat walafiat, selepas tiga tahun terpisah!

Perkara itu yang berlaku terhadap Zhang Huaiyuan, berusia 33 tahun yang dibesarkan di perkampungan luar bandar di Anhui, China.

3 dekad

Zhang dikatakan terkejut apabila mendapati ibu bapa yang menjaganya selama ini merupakan bukan darah dagingnya manakala ibu bapa sebenarnya merupakan usahawan kaya dari wilayah Zhejiang dekat tenggara China.

Memetik South China Morning Post (SCMP) doktor mengatakan ibu bapa kandung Zhang bahawa bayi mereka meninggal dunia kerana dilahirkan pramatang, tetapi sebenarnya diberikan kepada saudara pengarah hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada Sebab Ippo Enggan Ulas Hal Anak, Bimbang Buka Aib Isteri - “Saya Serah Semua Pada Mahkamah”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Kecewa, Ippo Hafiz Umpama Sorok Anak - “Di Mana Anak Saya, Dia Nak Apa Sebenarnya?”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum Sembahyang Subuh, I Terfikir Nak Batalkan Perkahwinan” - Azhar Sulaiman

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Pernah Suka & Takut Tengok Bulu Mata Siti Badriah, Suami: “Too Much Dangdut Sangat!”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu & Bapa Restu Andai Aliff Aziz & Ruhainies Berjodohan? - "Jika Itu Yang Terbaik, Kita Aminkan"

Menerusi laporan sama, Zhang dibesarkan kira-kira 400 kilometer dari wilayah Zhejiang tempat ibu bapa kandungnya tinggal.

Pasangan suami isteri yang mengambil Zhang sebagai anak angkat berusia lingkungan 50-an dan bapanya cacat, jadi Zhang menghadapi masalah kewangan hingga memaksanya berhenti sekolah pada usia 17 tahun.

Selepas kematian bapa angkatnya tahun lalu, ibu angkat Zhang mendedahkan yang Zhang bukan anak kandung mereka.

Zhang akhirnya bertemu ibu bapa kandungnya bulan lalu dengan bantuan polis.

Bapa kandung Zhang, Li Shijie kemudian menghadiahkan anaknya satu kad bank yang mengandungi wang berjumlah 1.2 juta yuan (kira-kira RM778,393).

Difahamkan, Zhang adalah anak kedua Li dan pasangannya.

"Anak pertama kami baru berusia setahun ketika hamil anak kedua. Sejak yang pertama dilahirkan melalui pembedahan yang belum sembuh sepenuhnya, jahitan isteri saya dibuka semula pada bulan keenam kehamilan," kata Li.

Walaupun dibesarkan dalam kemiskinan, Zhang seolah-olah mewarisi bakat ibu bapa kandungnya dalam bidang perniagaan kerana memiliki sebuah kilang kecil.

Baru-baru ini, keluarga Li melawat rumah Zhang di Tianjin, timur China, dan bertemu dengan menantu serta cucu mereka yang berusia sembilan tahun.

"Anak saya yang malang hidup selama lebih 30 tahun tanpa mengetahui hari lahirnya sendiri. Tahun ini, keluarga kami akhirnya akan meraikannya bersama-sama," kata Li.


Sumber: Harian Metro

#Anak Angkat #Bapa hadiahkan anak #Duit RM778,393
;