Skip to main content

"Ada Yang Hina & Kutuk Anak Saya...Saya Terus Sedih & Hilang Mood" - Daler Yusuf

Daler Yusuf

Pelakon, Daler Yusuf mengakui dia amat terkilan dan terkejut apabila keluarganya turut menjadi sasaran netizen selepas dirinya terpalit isu bersama aktres, Puteri Balqis.

Menurut Daler, anaknya menerima kecaman dan hinaan melampau sehingga membuatkan dia berasa sangat sedih.

Dia tidak menyangka walaupun hanya memuat naik momen bahagia bersama anaknya, dia masih menerima komen negatif meskipun individu berkenaan langsung tidak mengenalinya.

“Kebiasaannya saya memang tak suka membaca komen orang. Tapi satu hari, saya ada memuat naik gambar anak bongsu saya yang sedang sakit dan memohon doa daripada orang ramai.

"Bila saya buka DM, saya terkejut apabila ada yang menghina dan mengutuk anak saya. Masa itu memang saya terus sedih, mood saya hilang.

“Bila saya muat naik foto hari jadi anak pun, masih ada komen negatif. Padahal mereka langsung tak kenal saya, tapi sanggup bersikap kurang ajar sampai begitu sekali," katanya kepada Gempak.

Daler berkata demikian Ketika ditemui siding media Ramadan & Syawal TV AlHijrah di AC Hotel pada Khamis.

Dalam masa sama, aktor drama Encik Suami Mat Salih Celup Itu itu turut menegaskan dia seorang yang lantang bersuara dalam menentang gejala buli dan sentiasa mendidik anak-anaknya supaya berani mempertahankan diri dan mangsa buli.

“Saya selalu ajar anak-anak saya, kalau pergi sekolah, jangan sesekali benarkan diri dibuli. Kalau nampak orang buli sesiapa pun, berani untuk bersuara. Jangan biarkan perbuatan itu berterusan.

“Di media sosial pun sama. Kalau pengikut saya tengok perkongsian saya di Threads, saya memang selalu bersuara tentang isu buli. Malah, kes-kes berat seperti rogol atau pembunuhan pun saya akan suarakan. Bagi saya, kalau kita nampak sesuatu yang salah, kita kena berani cakap dan pertahankan yang betul," ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement