Skip to main content

Hollywood

Bercerai, Pelakon Terpaksa Bayar Wang Persaraan RM2.4 Juta Kepada Bekas Suami

Bercerai, Pelakon Terpaksa Bayar Wang Persaraan RM2.4 Juta Kepada Bekas Suami

Sekilas

  • Jessica Alba diperintahkan mahkamah memindahkan AS$577,481 (kira-kira RM2.4 juta) dari manfaat persaraannya kepada bekas suami, Cash Warren, sebagai sebahagian daripada pembahagian harta perceraian mereka.
  • Selain itu, pasangan ini telah bersetuju dengan bayaran harta sebanyak AS$3 juta (kira-kira RM12.7 juta) dan pembahagian aset lain termasuk rumah, karya seni, dan pendapatan projek sepanjang perkahwinan.
  • Perjanjian perceraian juga menetapkan hak penjagaan bersama terhadap tiga anak mereka serta larangan membincangkan perceraian atau mengeluarkan kenyataan buruk di hadapan anak-anak.
Advertisement

Bukan hanya majlis perkahwinan yang memakan modal banyak, rupa-rupanya perceraian juga memerlukan bintang Hollywood Jessica Alba mengeluarkan sejumlah jutaan wang buat bekas suaminya, Cash Warren.

Alba dilaporkan menerima perintah mahkamah untuk memindahkan AS$577,481 (kira-kira RM2.4 juta) daripada manfaat persaraannya kepada Warren, sebagai sebahagian daripada proses pembahagian harta perceraian mereka.

Advertisement

Perintah bertarikh 20 November itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Los Angeles County, menurut dokumen mahkamah yang diperoleh People.

Bagaimanapun, jumlah berkenaan adalah berasingan daripada bayaran harta sebanyak AS$3 juta (kira-kira RM12.7 juta) yang dipersetujui pasangan itu sebelum ini bagi mengimbangi pembahagian aset perkahwinan mereka.

Alba, 45, dan Cash, 47, memuktamadkan perceraian mereka awal tahun ini menerusi satu perjanjian yang tidak mewajibkan mana-mana pihak membayar nafkah pasangan.

Advertisement

Jumlah yang diperintahkan mahkamah itu dikira berdasarkan dana pelan perkongsian keuntungan HonorBar Inc. milik Jessica setakat 30 Jun 2026.

Nilai tersebut bagaimanapun masih tertakluk kepada pelarasan keuntungan atau kerugian pelaburan sehingga tarikh pemindahan wang dilakukan.

Cash turut diberikan pilihan sama ada menerima wang berkenaan secara terus atau memindahkannya ke akaun persaraan individu (IRA) atau pelan persaraan lain yang layak.

Namun, perintah itu tidak memberikan Cash hak terhadap sebarang manfaat tambahan daripada pelan syarikat berkenaan selain jumlah yang telah diperuntukkan kepadanya.

Menurut Page Six pula, perjanjian perceraian mereka membahagikan harta sepencarian secara sama rata, termasuk rumah, karya seni dan perabot.

Kedua-duanya juga berhak menerima bahagian daripada pendapatan projek filem dan televisyen yang dihasilkan sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

TMZ sebelum ini melaporkan bayaran harta AS$3 juta itu dijadualkan dibuat menerusi dua ansuran masing-masing AS$1.5 juta, dengan jarak setahun antara pembayaran.

E! News pula melaporkan Cash menerima AS$5 juta hasil penjualan sebuah rumah, manakala AS$500,000 diperuntukkan bagi perbelanjaan anak-anak mereka.

Perjanjian yang dimeterai pada Mac lalu turut menetapkan hak penjagaan bersama dari segi undang-undang dan fizikal terhadap tiga anak mereka, Honor, 18, Haven, 15, dan Hayes, 8.

Malah, kedua-dua ibu bapa itu dilarang membincangkan prosiding perceraian atau mengeluarkan kenyataan buruk mengenai satu sama lain di hadapan anak-anak mereka yang masih bawah umur.

Bintang Sin City itu dan Cash mula berkenalan pada 2004 ketika bekerja dalam filem Fantastic Four.

Ketika itu, dia membawakan watak Sue Storm, manakala Cash bertugas sebagai pembantu kepada pengarah filem berkenaan, Tim Story.

Pasangan itu kemudian mendirikan rumah tangga pada 19 Mei 2008 sebelum berpisah pada  27 Disember 2024. Alba kemudian mengumumkan perpisahan secara terbuka pada 16 Januari 2025 sebelum  memfailkan perceraian pada 7 Februari 2025 atas alasan tiada kesefahaman dan sukar untuk berdamai, lapor ABC News.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

Automatic Aroma Diffuser Rechargeable Fragrance Machine Air Humidifiers Digital Display Air Freshener Perfume 香氛机香薰机

Automatic Aroma Diffuser Rechargeable Fragrance Machine Air Humidifiers Digital Display Air Freshener Perfume 香氛机香薰机

BENTOP Batik Modern Slim Fit Series 1 Baju Kemeja design lengan pendek Modern Floral Batik Short Sleeve

BENTOP Batik Modern Slim Fit Series 1 Baju Kemeja design lengan pendek Modern Floral Batik Short Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

ELGINI E16286 Seluar Jeans Denim Lelaki Potongan Slim-Fit | Men’s Slim-Fit Denim Jeans

ELGINI E16286 Seluar Jeans Denim Lelaki Potongan Slim-Fit | Men’s Slim-Fit Denim Jeans

Baju Melayu Teluk Belanga Bulan Bintang 2026 (NEW) Tema Biru

Baju Melayu Teluk Belanga Bulan Bintang 2026 (NEW) Tema Biru

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement