Skip to main content

Advertorial

Dokumentari Merintis Legasi Singkap 75 tahun Perjalanan KWSP Berbakti Kepada Ahli Dan Negara

Dokumentari Merintis Legasi Singkap  75 tahun Perjalanan KWSP Berbakti Kepada Ahli Dan Negara

Sekilas

  • Dokumentari khas Merintis Legasi: 75 Tahun Berbakti demi Ahli dan Negara mengetengahkan sejarah dan perjalanan KWSP sejak penubuhannya pada 1951.
  • KWSP menonjolkan peranan penting dalam menyediakan jaminan kewangan persaraan serta perkembangan pelaburan yang kini berjumlah RM1.409 trilion.
  • Dokumentari ini akan disiarkan di Astro AWANI pada 21 November 2026 dan boleh ditonton di aplikasi sooka mulai 28 November 2026.
Advertisement

Di sebalik simpanan persaraan, ada kisah pekerja, keluarga dan harapan untuk masa hadapan yang menjadi sebahagian daripada perjalanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Kisah merentas generasi itu diketengahkan menerusi dokumentari khas Merintis Legasi: 75 Tahun Berbakti demi Ahli dan Negara sempena ulang tahun ke-75 institusi berkenaan.

Advertisement

Dokumentari tersebut membawa penonton mengenali sejarah KWSP, pengalaman ahli serta warga kerjanya, selain detik penting yang membentuk peranannya kepada negara.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali berkata, ulang tahun tersebut menjadi ruang menghargai legasi dan amanah yang diwariskan generasi terdahulu.

“Sesebuah institusi tidak mampu bertahan selama 75 tahun hanya kerana keupayaannya untuk berubah. Ia bertahan kerana institusi itu memahami nilai dan prinsip yang harus dipertahankan.

Advertisement

“KWSP sentiasa berteraskan tujuan yang jelas, rasa tanggungjawab terhadap kepercayaan yang diberikan, serta komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada ahli,” katanya.

Menerusi Merintis Legasi, penonton turut dibawa melihat hubungan antara perkembangan KWSP dengan pertumbuhan dan aspirasi negara.

Pengalaman pekerja, keluarga dan pesara pula memberikan gambaran lebih dekat tentang kehidupan mereka yang menabung serta membina persediaan untuk hari tua.

Perjalanan KWSP bermula pada 1 Oktober 1951 di bawah Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951 bagi menyediakan jaminan kewangan kepada pekerja selepas bersara.

Pada peringkat awal, institusi tersebut ditadbir di bawah Ketua Pengarah Pos Negara.

Jumlah ahlinya kemudian melepasi sejuta pada 1957 sebelum liputan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada 1969.

Pengenalan Akta KWSP 1991 pula mengemas kini peruntukan berkaitan pelaburan, pengeluaran simpanan dan tadbir urus dana.

Daripada pelaburan awal dalam sekuriti kerajaan pada 1950-an, portfolio KWSP berkembang kepada ekuiti, instrumen pendapatan tetap, hartanah serta infrastruktur.

Pada akhir 2025, aset pelaburannya berjumlah RM1.409 trilion, dengan 61.7 peratus dilaburkan dalam pasaran domestik.

Seiring peningkatan jangka hayat dan perubahan corak pekerjaan, KWSP turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh daya tahan kewangan serta kesejahteraan persaraan ahli.

Sempena ulang tahun ke-75, KWSP turut memperkenalkan buku peringatan The EPF Story yang merakam kisah individu dan detik penting sepanjang perjalanannya.

Bank Negara Malaysia pula melancarkan syiling peringatan khas bagi memperingati legasi institusi tersebut.

Saksikan Merintis Legasi: 75 Tahun Berbakti demi Ahli dan Negara di Astro AWANI pada 21 November 2026, pukul 8.30 malam.

Jika terlepas, dokumentari tersebut boleh ditonton menerusi aplikasi sooka mulai 28 November 2026.

Maklumat lanjut mengenai sejarah dan pencapaian KWSP turut tersedia menerusi laman mikro rasmi ulang tahun ke-75 dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement